Khamis, 25 April 2019

Jalani Ujian Pap Smear sekarang. LEBIH MUDAH, CEPAT & TIDAK MENYAKITKAN!

23hb April yang lalu aku ada pergi Klinik Pakar buat ujian Pap Smear. Asalnya aku jumpa Dr sebab bleeding dan haid tak teratur dan beberapa simtom lain. Bila jumpa Dr, beliau cadangkan buat pap smear.

Aku tahu yang ujian pap smear akan guna spekulum atau orang selalu panggil muncung itik tu. Dr akan masukkan muncung itik tu untuk dapatkan sel dinding servik dan buat ujian untuk kesan lebih awal potensi kanser serviks.

Di Malaysia, masih ramai lagi wanita yang belum dapatkan ujian ni. Awal tahun 2019 ada berita mengenai kanser serviks ada dikongsi dalam Berita Harian, Astro Awani dan banyak lagi laman web berita. Risiko sepanjang hayat untuk seorang wanita di Malaysia menghadapi kanser serviks ni 1 dalam 116. Semua orang ada risiko tambah-tambah lagi gaya hidup wanita sekarang lain berbanding dulu.
Jadi, apa yang membimbangkan, hanya 24% daripada pesakit kanser ini yang dikesan lebih awal pada tahap 1 dan selebihnya pada tahap yang 2, 3 dan 4. Itulah yang berita laporkan. Sayangnya, aku tak tahu langsung ujian pap smear sekarang ada yang lebih mudah dan pantas.
Ini je alat yang diguna untuk korang buat self test. Senang!

Ni spekulum (muncung itik) untuk buat pap smear test. Sekarang ada yang lebih mudah dan tak menyakitkan

LPPKN ada menyediakan program ROSE yang membantu lebih ramai wanita mendapatkan ujian ini dengan lebih mudah tanpa rasa malu dan sakit. Iaitu dengan persampelan sendiri. Yelah, kalau guna spekulum tu kena kangkang depan Dr dah la tiga minggu baru tahu keputusan. 

Jadi, kepada wanita yang berisiko berumur 30 tahun ke atas, aktif dalam aktiviti seksual, sering bertukar pasangan eloklah pergi cek. Sekarang kerajaan dah sediakan platform digital tau. Korang pergi ke cawangan LPPKN terdekat then, bagi tahu yang korang nak buat pap smear test. Kakitangan situ akan bagi taklimat sikit cara nak ambil sampel. Korang akan diberi test tube untuk ambil dan letakkan sampel. Dah siap swab tu korang bagi semula pada kakitangan LPPKN dan tunggu dalam masa tiga hari keputusan akan dihantar melalui SMS. Senang gile. 

Kenapalah lepas aku buat ujian tu baru aku tahu. Dah la percuma je tak silap aku. Kalau kena bayar pun tak de lah sampai RM35. Sebab aku buat di Klinik Swasta jumpa Dr pakar O&G buat test tu adalah total dalam RM165. 
Jadi tak perlu takut dan malu dah nak buat pap smear test. Boleh cepat-cepat pergi mana-mana cawangan LPPKN cuma pastikan korang bukan tengah datang period lah masa tu. 

Babai!

9 ulasan:

  1. Balasan
    1. scary sgt mula2 tu. tp demi kesihatan kena buat jugak. lgpun skrg dh ad y mudah tak sakit dh. pap smear test ni bukan kena buat skali seumur hidup tapi digalakkan 1kali dlm 3 tahun.

      Padam
  2. Nice sharing. Sekarang makin ramai sedar dengan pap smear ni.

    BalasPadam
  3. Hello, I was here to visit you blog.

    from http://thepinoywanderer.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank you for visiting. will do a visit to your blog soon.

      Padam
  4. Adoi.. bercinta betul nak gi buat ujian nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ada yang mudah. boleh buat sendiri. misi bagi alat je, pegi masuk bilik air ambik sampel sendiri.

      Padam
  5. Thank you for your articles that you have shared with us. Hopefully you can give the article a good benefit to us. Pap Smear Malaysia

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.