Bagi kebanyakan pelajar yang baru sahaja masuk ke alam menara gading, banyak perkara yang mesti dihadapi sendiri termasuklah penjagaan kulit wajah. Di samping anda semua, pelajar Universiti bergelut dengan exam, assignment, coursework, fieldwork, lab work, quiz dan lain-lain tugas yang tak pernah habis, anda juga bakal berhadapan dengan masalah kulit berjerawat sama seperti aku.
Bermacam usaha dibuat untuk merawat kulit wajah tapi tak berjaya. Akhirnya disaat penghujung tahun akhir pengajian, barulah aku mendapat rawatan yang sepatutnya setelah sekian lama mencuba. Di sini aku nak kongsikan beberapa punca masalah jerawat ini terjadi dan apa yang anda semua pelajar kolej boleh lakukan untuk mengawal masalah jerawat.

Sumber: Pexels |
Sedap bedooh Makan dekat Patin Haus Kota Bharu. |
Punca pertama ialah kerana perubahan pemakanan. Diet bukan hanya memberi kesan pada berat badan malah turut memberi kesan pada kulit wajah. Kebanyakan pelajar universiti mengalami perubahan diet apabila melangkah ke kolej. Biasanya kalau di rumah dijamu dengan masakan ibu atau pun di asrama sekolah pasti ada menu-menu tertentu bagi memastikan anda mendapat bekalan nutrien yang mencukupi.
Lain pula apabila di kolej, anda sendiri yang akan membuat pilihan makanan sama ada makanan segera (McD, KFC, Pizza etc.) yang tinggi kalori serta lemak, makanan tinggi garam atau MSG atau memilih untuk skip beberapa waktu makan. Bagi mengawal masalah jerawat, pastikan anda mengelakkan makanan bergoreng atau tinggi lemak terutama sekali makanan segera. Juga pastikan anda minum air kosong 2 liter/8 gelas sehari.

Dapat tawaran master Sheffield University. |
Pernah tak anda semua menghadapi hari yang panjang, memenatkan dan berasa sangat tertekan dan keesokan harinya ada peperiksaan yang akan diduduki berserta jerawat baru tumbuh di pipi? Sudahlah jerawat tiga hari lepas tak kecut lagi, tumbuh pulak yang baru, besar dan sakit. Walaupun tiada bukti kajian yang menunjukkan Stress akan meningkatkan pertumbuhan jerawat, namun saintis mengetahui terdapat sel-sel yang menghasilkan sebum (minyak yang terhasil dalam pori bergabung dengan sel kulit mati dan bakteria) mempunyai reseptor yang peka dengan hormon stress.
Penghasilan sebum akan bertambah selari dengan peningkatan stress yang menyebabkan lebih banyak pori akan tersumbat yang akhirnya menyebabkan jerawat. Kadar stress boleh dikawal dengan mengaktifkan diri dalam sukan dan juga beriadah.
Bersenamlah tiga kali seminggu selama 30 minit setiap sesi macam iklan Kementerian Kesihatan Malaysia tu. Punca ketiga ialah kitaran tidur yang terganggu juga menyebabkan jerawat. Punca ini lebih banyak berkait dengan stress kerana pelajar mengejar tarikh akhir assignments terpaksa bersengkang mata menyiapkan tugasan.Tula, lain kali buat la awal-awal. Last minute sangat, kan dah mendapat.
Penghasilan sebum akan bertambah selari dengan peningkatan stress yang menyebabkan lebih banyak pori akan tersumbat yang akhirnya menyebabkan jerawat. Kadar stress boleh dikawal dengan mengaktifkan diri dalam sukan dan juga beriadah.
Bersenamlah tiga kali seminggu selama 30 minit setiap sesi macam iklan Kementerian Kesihatan Malaysia tu. Punca ketiga ialah kitaran tidur yang terganggu juga menyebabkan jerawat. Punca ini lebih banyak berkait dengan stress kerana pelajar mengejar tarikh akhir assignments terpaksa bersengkang mata menyiapkan tugasan.
My favourite sunblock |
Kebanyakan anda percaya, sunblock yang tersedia ada pada bedak compact membantu untuk melindungi seperti 2 in 1, menutup cela dan melindungi dari sinaran UV. Hakikatnya, bedak compact 2 in 1 tidak cukup untuk anda melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari. Bagi kulit yang berjerawat, pilihlah water-based sunblock atau sunblock yang tidak menyumbat pori (non-comedogenic). Anda juga boleh memilih pencuci muka atau losyen yang mengandungi benzoyl peroxide atau clindamycin bagi merawat jerawat.
T3 Mycin ni aku guna untuk bunuh jerawat. Memang efektif! (asalkan ada clindamycin) |
My choice of moisturiser/serum. Sangat best! |
Rutin penjagaan kulit harian juga menjadi punca jerawat tumbuh dengan lebih efektif. Kebanyakan pelajar juga kurang mementingkan pelembap kerana merasakan kulit sudah cukup lembap dan risau pemakaian pelembap akan membuatkan kulit lebih berminyak. Tidak, anda mesti teruskan pemakaian pelembap (moisturiser) kerana sekiranya anda tidak memakai pelembap, kulit akan menghasilkan lebih banyak minyak yang akhirnya menggalakkan lebih banyak jerawat tumbuh.
Pilih pelembap yang non-comedogenic (bermaksud tidak menyumpat pori), tidak mempunyai mineral oil, lanolin, cocoa butter, atau petroleum. Selain itu, pilih pelembap yang mempunyai, hyaluronic acid, glycerin atau aloe vera yang akan memenuhi liang roma dan menutup pori daripada mengumpul lebih banyak minyak seterusnya mengekalkan kelembapan kulit wajah. Amalkan tiga langkah mudah, pencuci, toner dan pelembap.⏹

Stress belajar sampai tak sempat nak jaga kulit/muka.
BalasPadamSalam perkenalan.. follow sini..
BalasPadamSinggah sini dan terus follow.
BalasPadamTerima kasih perkongsin.banyak faktor kan menyebabkan jerawat dan sebagainya..