Over je bila sebut Tart Nenas ketagih. Masa aku kecik-kecik pelik sangat bila kebanyakan mak cik sebut Tart Nenas bila musim raya. Lepas tu compare rasa tart nenas yang diorang penah rasa. Aku tak suka tart nenas masa kecik. Aku akan pilih yang ada coklat kat atas contoh paling glamour Almond London. Dah besar sikit baru aku faham kenapa orang dewasa minat sangat dengan tart nenas. Dulu tak macam sekarang, sebelum puasa orang yang jual cookies raya akan susun cookies yang diorang jual atas kadbod letak dalam plastik kecik then staples (tengok gambar). Diorang akan edar-edar pada sesiapa yang berminat. Aku ni jenis oldskool jadi bagi aku cara tu sangat menarik. klasik sangat! Tapi sekarang teknik marketing dah berubah 180 darjah. Hampir semua guna media sosial baik instagram atau facebook untuk promote cookies raya termasuklah aku. Post kali ni aku nak kongsi resepi tart nenas yang aku guna buat jual. Bukan resepi original dari aku pun. Aku google jumpa, tak ingat dari mana sebab banyak versi tart nenas ni. Aku pun dah twist here and there supaya rasa lebih sedap dan kena dengan tekak aku.
Tart Gulung versi Tangan Gebu |
Nak bancuh adunan tart gulung senang je, tapi bila part menggulung tu kena tengok tahap kerajinan korang. Pastikan korang pilih acuan tart gulung yang korang paling suka, senang dan selesa guna barulah nak menggulung pun semangat! Untuk inti pulak, korang boleh je tukar nak guna jem bluberi ke, inti kurma ke, atau apa-apa jenis jem yang korang suka. Pada aku classic is the best.
RESEPI TART NENAS GULUNG (30-45 pieces)
Bahan-bahan:
200g Tepung Gandum
1 biji Telur kuning
150g Butter
20g Tepung Kastad
1 sb Susu Pekat Manis
1 sk Minyak Sapi
Jem nenas secukupnya
Cara-cara:
RESEPI TART NENAS GULUNG (30-45 pieces)
Bahan-bahan:
200g Tepung Gandum
1 biji Telur kuning
150g Butter
20g Tepung Kastad
1 sb Susu Pekat Manis
1 sk Minyak Sapi
Jem nenas secukupnya
Cara-cara:
- Ayak tepung. Ketepikan.
- Pukul telur kuning dan butter dan minyak sapi sampai sebati.
- Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
- Masukkan tepung gandum dan tepung kastad kacau sampai jadi doh. Dah siap boleh masukkan dalam acuan piping untuk tart gulung.
- Paipkan atas baking paper, letak jem nenas dan gulung. Buat sampai habis.
- Bakar tart dalam oven suhu 175-180 darjah celsius.
- Siap!
Tahun ni aku open order cookies raya. Jadi orang-orang Kota Bharu, Kelantan teringin nak rasa tart nenas tangan gebu aka Cumot Enterprise boleh contact aku ok? |
Tips:
- Susu pekat manis dan minyak sapi untuk bagi tart tu gebu dan lembut lemak berkrim tambah dengan masam-masam jem tu memang umph!
- Kalau nak guna margerin atau buttercup pun boleh. Tapi bagi aku marjerin dan buttercup kita tak tahu kuantiti garam banyak mana, jadi kalau guna margerin lebihkan sikit susu pekat. Aku pernah buat guna buttercup yang dalam tub besar tu, dan tak tambah susu pekat manis. Tart nenas aku rasa masin sangat-sangat tenggelam rasa jem nenas.
- Nak buat bentuk lain? Boleh sangat. Sekarang dan dulu lagi tengah famous tart yang perlbagai bentuk tu, bentuk buah-buahan la, bentuk binatang la. Kalau korang kreatif why not? Tapi kalau nak guna resepi ni untuk tart dahlia tak sesuai. Sebab dia rapuh sangat.
Macam ni jaman dolu-dolu punya promo sekut raya. Sumber: MrJocko |
Kalau korang dah try resepi ni boleh tag tangangebu27 di instagram atau kalau korang ada blog boleh tinggalkan link blog korang kat bahagian komen di bawah. Kalau korang nak aku kongsi resepi cookies yang lain boleh sangat. Silakan komen kat bawah ye.
Dan kalau korang malas nak buat sendiri, tak de masa nak buat dengan kerja dengan anak, boleh order je dengan Cumot Enterprise. Pegi dekat FB search Cumot Enterprise.
Till then! Adios!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.
Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.