Ahad, 12 Mei 2019

Happy Mother's Day to all mothers in the world!

Seumur hidup aku belum pernah lagi merasai ada anak sendiri. Hakikat perasaan mengandung, beranak, menyusu nak besarkan anak, didik anak ilmu agama, adab, kesakitan masa bersalin tu aku tak pernah alami lagi. Yang aku pasti aku tahu satu benda ja, amat sakit dan susah. Mana-mana wanita yang dah pernah rasa kesakitan beranak akan cakap, korang takkan faham selagi korang tak rasa sendiri. Ok aku bukan nak kongsi perasaan aku keinginan nak ada anak (sebab belum ada rezeki dan sebab-sebab yang lainlah), tapi this is just a self-taught pada pandangan dan penilaian aku tentang motherhood as a daughter. Ini juga sebagai appreciation untuk Umi aku yang beranakkan aku 27 tahun yang lalu dan kenapa korang semua kena hargai mak/ibu/mama/umi sepanjang hidup korang.
foto jaman dahulu
Obviously benda pertama adalah sebab beliau dah mengandungkan dan lahirkan kita. Bukan senang tau nak mengandung tambah-tambah kalau ada alahan, mengidam macam-macam, emosi dengan perubahan fizikal lagi. Aku admire dan sangat-sangat respect ibu-ibu ni kerana pengorbanan yang tak dak orang boleh ambil alih. Bila orang kata, pengorbanan yang tiada galang gantinya tu ramai lagi yang tak faham. Masih lagi tak ingat nak hormat dan sayang mak sendiri. Umi kita lah orang pertama yang takkan buang kita dan akan sayang kita unconditionally. Cinta tanpa syarat! Tak kira keadaan macam mana sekali pun (kau hodoh ke, tak cukup sifat ke etc.), kau tetap akan beliau sayang sangat-sangat. Kau tetap paling comel pada mata dia! Kalau sebut isu ibu, orang tak pertikai dah betul tak? 

Setiap hari pun hari ibu sebab tugas ibu ni bukan boleh ambil cuti. Bermula dari anak pertama lahir sampai dia mati lah tugas dia tetap on. Oleh itu, tiada sebab untuk kita tak nak hargai ibu kita. Bersyukur pada Allah dikurniakan ibu. Berterima kasih pada beliau yang dah mengandungkan, lahirkan, menyusukan kita masa kecil. Didik kita jadi orang baik, marah bila kita buat perkara tak elok, hantar sekolah, tunaikan semua hak kita sebagai anak, bagi makanan yang sihat. Kalau kita lupa nak berterima kasih, sekarang juga masa kita mesti ucap terima kasih pada mak. 

To my beloved umi, Terima kasih yang tak terhingga dah lahirkan anakmu yang selalu sangat lukakan hatimu. Tapi tak pernah lupa nak maafkan kesalahanku. Terima kasih untuk segalanya yang tak terucap kerana begitu besar jasamu. Sesungguhnya akulah saksi, bahawa umi dah berikan yang paling terbaik untuk anak-anakmu dan tempat umi layaknya di syurga firdaus kelak. Amin ya Rabb.□

3 ulasan:

  1. selamat hari ibu... 1st time datang sini terus follow blog. Jemput singgah ke blog saya juga. terima kasih :)

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Ibu...wah sudah terlambat ya?

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.