Selasa, 14 Julai 2020

Pengalaman IELTS (Self Learning) - Part 1

Hampir beberapa bulan menyepi akhirnya menjadi juga catatan blog kali ni. Sejak dari mula PKP sampai habis PKP pun aku tak rajin nak buat catatan. Kalau nak bagi alasan sampai bila-bila pun takde masa. Jadi hari ini aku nak kongsi pengalaman aku ambil Ujian IELTS. Aku antara dua nak tulis dalam English atau Bahasa sebenarnya. Tapi akhirnya aku putuskan untuk tulis dalam Bahasa sebab... Aku bangga jadi anak Malaysia! Yelah tu. Oh ya, aku akan bahagikan catatan ni dalam beberapa bahagian tau sebab aku rasa nak kongsi juga tips macam mana nak skor dalam IELTS sekurang-kurangnya dapat band 6.0.
Sumber: Portal British Council
Sumber: British Council Webpage
IELTS atau International English Language Testing System adalah Ujian Bahasa Inggeris (BI) bertaraf antarabangsa yang diselaraskan khas untuk penutur yang bahasa ibundanya selain BI. Kalau di Malaysia kita semua akan ambil ujian MUET (Malaysian University English Test) sebagai syarat nak masuk Universiti tempatan. Tapi, kalau korang nak masuk Universiti Luar Negara atau bekerja di luar negara yang bahasa utamanya adalah BI, ujian IELTS ni sebagai salah satu syarat untuk melayakkan korang masuk mana-mana institusi luar negara. 

Sebab utama aku ambil IELTS ni tak lain tak bukan adalah nak sambung Master di UK. Jadi salah satu syaratnya aku mesti dapat Band 6.0 paling kurang untuk bidang Sains atau band 5.0 untuk bidang Sastera. Jadi sebelum nak mohon Master, aku decide ambil IELTS dulu. Aku pergi ke British Council, sebab British Council adalah badan rasmi yang menguruskan ujian ni. Disebabkan aku kena ada catalyst (pemangkin) supaya aku usaha keras, aku pilih untuk daftar dan pilih tarikh untuk ujian tu dulu. Bila ada tarikh baru la aku pulun study.

Masa tahun 2016, yuran ujian tu RM750.00 dah termasuk GST. Sekarang yuran IELTS RM795 tak jauh beza- boleh tengok yuran DISINI. Aku kumpul duit buat kraf tangan (ambil upah mengait) demi nak ambil exam ni. Aku tak minta walau satu sen pun dari Umi dan Baba sebab bagi aku, cukuplah diorang sara aku sampai Ijazah dan lagipun adik-adik aku ramai lagi untuk ditanggung. Bila aku guna duit sendiri 100%, aku lebih kuat usaha sebab aku nak pastikan its worth every penny I paid. Rugi la bayar mahal-mahal tapi study sambil lewa. 

750 hengget tu yuran sahaja tau, tak termasuk buku, kelas (optional), dan tambang (kalau korang tinggal di Kelantan macam aku, sama ada korang ambil test di Terengganu paling dekat atau KL). Aku tak cukup bajet nak pergi kelas. Kalau nak masuk kelas aku kena tambah lagi paling-paling busuk pun dalam RM300. Kelas online British Council pun ada buat dan ada yang berbayar ada yang tak. Kalau masa tu tiada kekangan, aku pun nak masuk kelas sebab lain feel dia berbanding study sendiri.

Disebabkan aku decide tak masuk kelas, aku beli buku rujukan yang berharga RM150 termasuk pos. Di Kelantan susah nak jumpa buku IELTS jadi aku beli online. Sebenarnya banyak gila buku rujukan yang korang boleh pilih. Tapi aku pilih buku yang complete 4 bahagian test iaitu Reading, Writing, Listening dan Speaking sebab lebih jimat dan lebih mudah untuk aku bawa ke mana-mana sebab sebiji buku je kan. Kalau korang beli 1 buku khas untuk satu section sebenarnya lebih mantap sebab lagi banyak korang boleh belajar, tapi satu buku boleh mencecah ratusan ringgit. Apa pun, pilihan di tangan korang. Nanti aku share lagi tips macam mana nak prepare for IELTS dalam post akan datang.

Waktu aku ambil test IELTS ni, aku ambil di British Council KL betul-betul dekat dengan KLCC, jalan kaki 5-10 minit dah sampai. Pertama, sebab test tu dijalankan dua hari iaitu, hari pertama Speaking test, hari ke-2 Test bertulis. Nak senang, aku tak perlu sewa hotel sebab dekat dengan rumah abang aku dan kakak ipar aku yang hantarkan aku. Kebetulan masa tu aku dapat tiket flight murah, RM100 je pergi-balik termasuk tax semua tu. Aku sponsor adik aku sekali masa tu yang baru habis SPM teman aku pergi kL, jadi tiket RM200 untuk dua orang.

Aku ambil masa 42 hari untuk prepare ambil IELTS ni dan sepanjang 42 hari tu aku tak putus-putus speaking. Mula-mula aku rasa gedik dan adik-adik aku pun rasa aku gedik sebab semua keadaan aku speaking. Tapi disebabkan aku nak sangat-sangat score IELTS ni, aku buat tak heran je. Kalau salah pun aku langgar je. Asalkan lidah aku cair dengan BI. Agak-agak berapa aku dapat skor IELTS ni? Aku akan share lagi next post tau.

Ok. Aku nak buat penutup dah. Jumlah semua sekali aku guna untuk ambil IELTS ni lebih kurang RM1,100 termasuk tiket flight, tak masuk tambang train sebab aku balik dari British Council naik train dekat KLCC ke Kajang rumah abang aku. Pada pandangan peribadi aku, semua orang Malaysia boleh skor IELTS sebab kita semua belajar BI dari tadika kot. Umur 7 tahun sampai umur 17 tahun (jumlah 10 tahun) tak masuk lagi di Matrikulasi/STPM kita belajar BI untuk MUET. Berbelas tahun kita belajar BI, jadi lebih senang nak skor berbanding negara lain yang bahasa Ibunda diorang bukan BI dan lidah orang Malaysia lebih lembut sebenarnya untuk belajar bahasa asing. Tapi IELTS ni ada cara korang boleh tackle untuk skor. Nak tahu tips & tricks, do's & don't, aku akan share lagi. 
Terima kasih sebab sudi baca.

UPDATE:
Boleh baca part 2 dan 3 di sini

2 ulasan:

  1. hii good , sharing nak tanya untuk this test kan kita yang akan pilih tarikh atau kene ikut ketatapan yang ditentukan cthnya, nak ambil degree dekat luar negara so masa bile yang kita kene apply IELTS ni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tarikh test kita boleh tentukan sendiri. kalau self-funded memang tarikh, masa dan tempat kita pilih sendiri. Boleh rujuk website British Council untuk jadual waktu test ielts ya.

      Padam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.