Rabu, 27 Oktober 2021

Pengalaman IELTS - Part 3

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sudi berkunjung. Terima kasih kerana sudi singgah, baca dan tinggalkan komen pada helaian-helaian post saya. Setelah beberapa persoalan diberikan berkenaan Ujian IELTS, saya mengotakan janji untuk berkongsi dengan lebih terperinci tentang pengalaman ambil IELTS secara Self-Learning, tanpa kelas tambahan dan hanya bergurukan Buku, Youtube dan Blog-blog Pendidikan. Suka saya katakan, niat asal saya ambil IELTS kerana bermimpi nak sambung Postgradute Study di UK dari dulu tapi perancangan Allah mengaturkan perjalanan hidup saya di Malaysia, masih belum berpeluang belajar ke Luar Negara. Ujian IELTS yang saya ambil tu, hampir 8 tahun yang lalu. Tapi saya percaya, tiada perubahan yang ketara berkenaan cara pembahagian markah mahupun analisis ujian kerana ujian bertaraf antarabangsa memang mempunyai standard yang terjaga kualitinya.

Seperti yang dijanjikan juga saya berkongsi Sijil Keputusan IELTS. Bukan untuk menunjuk-nunjuk jauh sekali untuk riak. Tetapi sebagai pembakar semangat kepada korang yang dalam perjalanan nak dapatkan sijil IELTS. Belajar sendiri kerana kurang berkemampuan, jangan biarkan faktor tersebut melumpuhkan semangat korang tau.
 
Tak berapa jelas walaupun dah scan. Lantaklah labu.

Apabila berkaitan dengan Bahasa/Language, memang tidak boleh lari dengan latihan. Practice makes perfect! Untuk menjadi seorang yang mahir atau fasih dalam apa jua bahasa, praktis, praktis dan praktis adalah kunci utama. Bahasa bila tak diamalkan, dia akan berkarat. Bila dah lama tak gunakan bahasa inggeris sebagai contoh, sukar untuk kita berfikir dalam english dan bercakap dalam english dengan lebih pantas kerana otak kena proses untuk terjemahan setiap perkataan dari bahasa Melayu kepada English. Dalam post ni saya akan berkongsi tentang ujian IELTS yang mana satu untuk korang pilih, yuran, cara nak tempah tarikh ujian dan juga buku-buku rujukan yang pada pandangan saya bagus untuk korang beli. Panduan ini adalah untuk korang yang nak uruskan sendiri proses ambil test dari awal sampai akhir dan bukan melalui mana-mana agen.


1. Nak pilih Ujian IELTS yang mana satu? Dan Berapa jumlah Yuran?


IELTS ni ada beberapa ujian yang berlainan tujuan tetapi menggunakan nama ujian yang sama, IELTS. Kalau korang nak sambung belajar dalam Malaysia, keputusan MUET dah cukup tapi kalau ada IELTS boleh juga diguna pakai untuk sambung Master atau PhD. Tapi, kalau nak sambung ke luar negara tak kisah di mana-mana negara sekalipun termasuklah Jepun, Korea, US, Aussie dan sebagainya, IELTS atau TOEFL diperlukan sebagai syarat yang melayakkan korang untuk sambung belajar di Uni yang dipilih tu. Lain pula kalau nak sambung ke UK, ujian IELTS untuk ke UK berlainan dengan IELTS untuk sambung ke negara lain. Rujuk gambar untuk tengok ujian yang berlainan. 
Kalau korang rancang nak sambung ke Universiti di UK, kat sini korang akan keliru sikit sebab jenis IELTS test yang kena ambil bergantung pada pihak Universiti. Kalau dulu, masa saya apply di Sheffield University dan Uni Nottingham, Master in Human Nutrition (coursework), pihak uni nak keputusan IELTS Regular sahaja. Tapi, sekiranya korang akan bekerja atau dengan kata lain, Master atau PhD in Research yang melayakkan korang dapat gaji atau elaun bulanan, korang kena ambil IELTS UKVI (IELTS for UK Visas & Immigration) sebab status pelajar dan juga pekerja dalam masa yang sama.
Harga pun beza RM100. Tahun 2016, yuran IELTS saya RM750, naik RM45 dalam masa hampir 8 tahun.

Jadi, sekiranya anda tak pasti nak pilih test yang mana satu, rujuk pihak uni, email terus pada bahagian Student Admission. Dalam masa sehari dua dah dapat maklum balas.


2. Cara nak Tempah Tarikh IELTS Test?


Layari laman web British Council Malaysia, terus kepada Book Your Test. Dokumen penting yang diperlukan hanya salinan IC sahaja dan terus bayar full amount yuran tu, tak boleh bayar ansuran sama ada cash di British Council KL atau online payment. 
Satu lagi, korang boleh pilih lokasi yang paling dekat untuk buat ujian tu, setiap negeri pun dah ada sekarang kecuali Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, dan Labuan. Pilih tarikh yang bersesuaian untuk ambil test. Pengalaman saya hari tu, saya target 40 hari tempoh untuk persediaan IELTS. Lepas daftar terus mula berlatih setiap hari. Disebabkan saya di Kelantan, saya pilih untuk buat test di Kuala Lumpur dan tumpang rumah abang sekejap untuk ambil ujian tu. Ujian bertulis British Council adakan di Hotel ParkRoyal dan Speaking test di British Council Examination Hall.


Lepas pembayaran selesai, korang akan dapat email notification macam ni


Dua minggu sebelum ujian, pihak British Council akan bagi maklumat Masa dan Lokasi yang lebih detail untuk korang.

3. Buku Rujukan?


Sekarang dah book tarikh untuk test, yuran dah bayar. Menunggu hari ujian, bolehlah mula belajar dan praktis. Tempoh masa yang ada ni, boleh selidik kelemahan korang pada bahagian mana. Kalau saya bahagian writing dan speaking. Sebab writing tu boleh kantoi kalau silap grammar dan speaking pula kantoi masa bercakap nanti depan interviewer. Masa sesi ujian speaking, soalan yang ditanya, 'Please describe a person that you have read about in the newspaper recently.' Dalam masa seminit, dia bagi sehelai kertas  dan sebatang pensel untuk conteng idea. Lepas tu dia bagi 5 minit untuk bercakap. Lepas dah goreng-goreng dalam cubicle tu, jadilah megi goreng mamak. Paling senang masa tu cakap je mana-mana artis yang masuk dalam surat khabar, baru keluarkan album ke, berkahwin ke dan sebagainya. Tapi saya pegi goreng tentang sorang politician ni. Bila dah nervous tu, idea macam tak mo keluar. Alhamdulillah, walaupun nervous dapat juga lalui dengan jayanya.

Di bawah ni senarai buku rujukan yang pada saya bagus untuk korang beli.
  1. The Official Cambridge Guide to IELTS with Answers: For Academic & General. Author: Pauline Cullen, Amanda French & Vanessa Jakeman.
  2. IELTS Practice Tests: Learner-friendly testing. Author: Peter May
Mana-mana buku pun boleh jadi rujukan yang fokus pada IELTS test sebagai persediaan. Andai kata ada korang lemah bahagian writing sebab lemah juga grammar, cuba sedaya upaya improve bahagian tersebut selagi boleh dengan banyakkan belajar dari pelbagai sumber rujukan. Walaupun buku rujukan banyak di pasaran, nak belajar bahasa tetap tak boleh lari daripada menggunakan bahasa tersebut untuk jadi seorang yang fasih berbahasa. Jangan malu walaupun salah grammar dan sebagainya masa speaking dengan orang lain. Kalau tersilap dan ada yang menegur, terima dengan lapang dada dan perbaiki. Kadang-kadang bila belajar sendiri kita tak pasti betul atau tidak apa yang kita faham sehinggalah kita praktikkan dan buat salah.

Kepada korang yang dalam misi nak sambung belajar dan nak ambil IELTS test dalam masa terdekat, saya mendoakan kejayaan korang, semoga berjaya dalam IELTS dan dipermudahkan urusan kalian. InshaAllah dilain kesempatan saya akan berkongsi lagi sedikit pengalaman saya.

Boleh Baca Part 1 dan 2 kat sini

4 ulasan:

  1. berapa lama masa untuk dapat result?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas sebulan dah keluar results. jangan risau, kalau ambil IELTS dengan British Council boleh terus email je apa-apa soalan. diorang sangat responsive. within a day dah dapat reply.

      Padam
    2. Assalamualaikum, nak tanya, mcm mana ye kalau kita letak nombor IC kita dkt Candidate ID on ielts certificate untuk Malaysian yg nak sambung study abroad at English speaking countries? Adakah dorang terima nombor IC kita dkt Ielts certificate tu? Padahal saya dah book ielts test tu dan saya letak nombor IC saya dkt Candidate ID tu dan saya tak letak nombor passport dkt Candidate ID sbb dah expired dan saya ambik ielts ni sbb nak study abroad dkt English speaking countries, dan majority saya tgk other ielts candidates tu dorang mostly letak nombor passport dorang dkt candidate ID dkt dorang punya ielts certificate, Harap Penjelasan

      Padam
    3. Should be no problem guna IC. dalam passport kita pun ada IC no jugakkan? gambar pun ada dalam sijil tu.

      Padam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.