Jumaat, 21 Jun 2019

Bagaimana cara untuk sambung Master dalam Negara? Pengalaman aku sendiri

Hai Assalamualaikum, rasa macam dah berkurun aku tinggal blog ni. Sebulan juga aku tinggal dengan musim order cookies and cake raya, dengan urusan pendaftaran Master lagi, tambah pulak demam lepas raya. Aku tak tahu kenapa sejak kecik lagi bila raya mesti demam tak pun cirit birit. Hari ketiga dah terbuntang tak larat. Bila fikir balik ada beberapa faktor yang kebanyakan korang termasuk aku akan demam atau sakit perut. Pertama sekali sebab makanlah, bila beraya rumah sedara mara ni macam-macam jenis makanan dan air yang dihidang, kita makan semua sekali tak ingat dunia. Kedua, cuaca yang terlalu panas. Kalau korang di Kelantan, raya kedua adalah permulaan traffic jam yang melampau sampai malas nak jalan, kalau kereta yang aircond rosak memang masakla dalam tu. Tapi kereta yang aircond elok skalipun bila tak jalan aircond akan kurang sejuk (kereta aku la, kereta korang tak tau la ceritanya). Ketiga, jumpa ramai orang dengan open house sana sini, bekwoh kenduri kendara yang tak menang tangan kita nak rai, kita terdedah pada virus yang kita tak tahu orang ni baru baik demam ke, atau memang demam, bersalam dengan dia, atau kalau yang kecik tu asyik kena cium boleh jadi demam jugak. 
Photo by cottonbro from Pexels. Study, study & study. makin tua makin payah nak ingat

Cerita raya aku tahun ni simple sangat sebab aku sibuk mengadap kek raya dari raya first sampai raya ke-4 jadi aku tak ke mana pun selain jumpa sedara mara. Dan di Kelantan, bila buka sekolah je terus hilang suasana raya, seolah-olah #rayakansebulan tu memang tak de. Dulu aku tak perasan sebab lepas SPM sambung belajar luar Kelantan sampai habis degree. Nak dijadikan cerita lepas habis order kek raya aku pun baru on mood raya tapi di Kelantan dah tak on!!! Rasa rugi sangat sebab terperuk je kat dapur masa raya, nak buat macam mana demi mencari rezeki. Plan ni pun sebelum puasa lagi, cuma lepas post-mortem dengan bisnes partner aku raya next year kita raya sungguh-sunguh. Jadi alkisah sebenar yang aku nak kongsi dengan korang atau adik-adik semua ialah macam mana aku sambung Master in Research dalam Malaysia dan apa persediaan yang korang kena buat secara fizikal dan mental.

Kebanyakan orang bila nak sambung Master even PhD mesti teragak-agak sangat, apatah lagi kalau kau tanya budak yang baru grad specifically budak yang baru present FYP. Budak tu sudahla baru present FYP, tak cukup tidur for few months, kena marah dengan supervisor (SV), turun naik bilik SV lagi, makan ala kadar, apa lagi pengorbanan sepanjang FYP? Memang terus diorang akan jawab TAK NAK! Tapi hakikatnya bagi korang adik-adik yang ada keinginan nak sambung, cepat lah pergi daftar master. Kenapa? Sebab dia nanti aku cerita. Aku nak explain dulu macam mana nak sambung, pilihan master apa yang ada. Disebabkan aku sambung dalam bidang sains dan biologi, aku akan lebih fokus pada bidang ni. Kalau arts, business, education atau lain-lain aku tak pasti cuma aku rasa basically sama je semua bidang pun.
Photo by Chokniti Khongchum from Pexels

Jenis Master yang korang boleh buat?
  • Ok, Mode Master ni ada tiga, (1)Master in Research, (2)Mixed mode, dan (3)Coursework. Tapi harus korang tahu, tak semua course ada ketiga-tiga mode ni, korang akan jumpa banyak jenis bila korang buka portal universiti. Kalau sains biasanya ada research dan mixed mode sahaja, tapi ada juga yang coursework macam Biomedical science, Nutrition dan banyak lagi lah.
  • Master in Research dah tentulah fully research. Bagi korang yang trauma dengan FYP mesti tak nak sambung Master in Research kan? Tapi jangan khawatir, korang pilih bidang yang korang minat, pilih SV yang korang boleh kautim dan selesa dengan jiwa. Research mode korang tak perlu masuk lecture, no exams! Bunyi macam senangkan? Fret not, syarat grad korang kena lulus viva voce dan submit research report korang. Dah, boleh grad dengan jayanya. Yeay! (the challenges will still come all the way through until you grad tau!)
  • Untuk mixed mode pulak, half of your master program akan ada lecture and exams and the other half korang kena buat research sebab tu dipanggil mixed. Dua-dua korang kena hadap. Tapi research tak secomplicated fully research mode la.
  • Coursework paling ramai orang suka sebab malas nak ngadap research, ada labwork lagi, fieldwork, dengan survey lagi, berdebar dengan viva voce selama sejam pulak tu, no no no, tak de benda ni kalau korang buat coursework. Korang study macam masa degree dulu masuk lecture, ada assignment, quizzes, exams ada carry marks semua. Tapi bidang sains, korang tetap ada research sikit pada akhir semester. Why? Because science is about experiment, its a myth until you proved its facts. Korang tetap kena belajar laboratory skills dan presentation skill tu.
Kenapa aku pilih Master in Research?
  1. Sebab aku nak jadi lecturer. Kenapa master lain tak leh jadi lecturer ke? Jawapan ringkasnya boleh. Tapi, sepanjang Master Research, korang akan diasah skill untuk presentation, skill dan knowledge untuk tulis journal, cara nak publish journal, laboratory work, korang akan terbiasa baca journal dan lain-lain ilmu dan kemahiran yang perlu ada sebagai pensyarah.
  2. Pointer aku tak cukup nak ambik coursework. Yang ni aku memang gelakkan diri sendiri, tapi no regrets, degree dah bagi pengalaman yang banyak untuk aku. Bagi aku coursework ni simple sikit, tempoh belajar pun tak lama. Tapi disebabkan bidang sains akan ada juga research, so aku buat keputusan untuk sambung Research je. Memang pointer degree aku second class lower je. So, apa lagi yang menghalang korang nak sambung master? Tak perlu jadi genius pun untuk korang sambung peringkat lebih tinggi, yang penting korang rajin dan semangat mesti ada.
  3. Peluang depan mata. Sebelum aku daftar master aku juga seorang Research assistant dan SV aku banyak support dan janji untuk tolong aku dari segi yuran pengajian terutamanya. Aku syukur sangat-sangat Allah bantu aku dengan cara bagi aku SV yang sangat supportive.
  4. Ada grant. Research sains sangat memerlukan duit yang banyak kalau korang buat research yang guna ELISA kit atau apa-apa solution atau liquid tertentu, SV aku dah ada grant yang boleh tampung semua tu jadi aku tak perlu risau lagi dah untuk beli barang-barang lab.
  5. Aku nak Uni yang dekat tak nak pergi jauh. Disebabkan science course n Health Campus USM paling dekat dengan aku, jadi amat-amat preferable untuk aku sambung je di USM, tak payah pindah, cari sewa rumah semua, dan yang pasti tak nak tinggal laki aku lama-lama.
Aku kalau stress selalu aku drive dari USM pergi Aeon ke atau Starbucks, aku lepak kat situ sambil buat kerja. Duduk dalam bilik student Master rasa rimas sebab bising dan tak de privasi. Nak kentut pun orang boleh dengar. Jadi aku bawak diri enjoy study tempat yang aku suka.

Macam mana aku apply untuk Master in Research?

Sebenarnya ada banyak cara korang boleh apply untuk Research Master ni tapi berlainan dengan Degree, korang tak perlu beli pin number untuk apply macam UPU dan boleh daftar bila-bila masa sepanjang tahun. 
  1. Aku sekarang sambung Master in Science (Immunology) di USM Health Campus, Kota Bharu, Kelantan full time. Mulanya aku tanya ex-coursemate aku masa degree dulu sebab dia dah sambung master terlebih dulu dari aku di USM, ada tak mana-mana lecturer tengah cari student master dan ada peruntukan grant. 
  2. Lecturer akan iklankan either di webpage universiti ataupun di mana-mana medium yang dirasakan sesuai macam group whatsapp pascasiswazah. Kebetulan masa tu SV aku yang sekarang ni memang tengah cari student dan aku tengok tajuk research tu menarik dan aku pun berminat. 
  3. Then, aku hantar resume melalui email pada SV aku dan terus dia suruh aku datang interview and recruit aku jadi research assistant (RA) dulu. Sepanjang aku jadi RA, SV aku byk ajar dan latih aku, hantar aku pergi workshop untuk belajar dan persediaan untuk Master. 
  4. Lepas tu, aku pergi ke website USM untuk apply Master Degree. Bayaran untuk apply dalam RM50 je semua Uni pun ada bayaran untuk apply macam processing fee. Masa ni aku dah submit sekali research proposal aku. Dalam seminggu dua macam tu terus dapat offer letter. Dah boleh daftar terus. Master di USM agak mahal berbanding uni lain di Malaysia sebab dia research University. Dalam RM4,200 per semester.
  5. Alhamdulillah syukur sangat walaupun aku tak berjaya dapat mana-mana Scholarship atau bantuan pendidikan mana-mana organisasi, SV aku banyak bantu dengan gaji RA aku tampung yuran.
  6. Kalau korang buntu sangat nak apply master di USM jugak boleh DM aku untuk lebih detail. Biasanya setiap awal tahun dan akhir tahun banyak iklan untuk cari student master research dan ada disertakan sekali tajuk research, jadi rajin-rajinlah buka website Uni pilihan korang tu ya. Untuk korang yang nak apply master di lain-lain Uni, boleh terus ke website Uni tersebut, google je terus keluar, "Apply for Master in UKM" contohnya.
Syukur dah sambung Master.

Cabaran yang sedang dan bakal aku hadapi

Sebenarnya ketar lutut jugak nak sambung Master ni yelah cabaran banyak dengan keluarga lagi, kesihatan, kewangan lagi dan lain-lain lagilah. Aku ni jenis mudah stress dan aku harap sangat aku enjoy je Master ni tanpa berdebar dan buat apa yang aku rasa terbaik untuk aku. 
Aku tak nak nanti semata-mata aku nak grad je aku buat yang terbaik. Aku harap sangat-sangat Master ni boleh buat aku lebih merendah diri, dan tak sombong. Ilmu tu memang akan mengangkat darjat seseorang tapi bukan untuk orang yang suka merendah-rendahkan orang lain.
Jalan Master dan PhD sebenarnya sunyi. Kalau compare masa degree dulu, ramai kawan kita boleh kongsi kesusahan belajar atau nak fahami sesuatu perkara. Tapi bila naik peringkat Master ni korang kena usaha sendiri. Tak reti statistic? Pergi workshop, jumpa statistician. Tak reti tulis journal, jumpa SV tanya, masuk bengkel penulisan journal. Dan workshop tu semua berbayar ya walaupun USM sendiri buat. Tak tahu, baca, baca, dan baca.
Rasa nak give up, aku rasa semua akan hadapi perkara ni. At one point, akan rasa lost, betul ke pilihan aku ni?
Korang kena yakin, semangat dan teruskan perjalanan korang. Ikhlaskan hati mencari ilmu kerana Allah, dan banyakkan berdoa. 
Aku doa semoga korang yang sedang atau baru nak sambung master dipermudahkan semua urusan nanti ya.

~Till then, 
Adios amigos.

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog www.iyaseo.id

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum admin,

    Terima kasih kerana sudi mengkongsi pengalaman admin dgn kami. Sangat membantu especially utk bakal graduan Biomed mcm saya ini.

    Sebagai org yg sudah mempunyai pengalaman sambung master, saya nk minta pendapat admin ye. Patut tak saya sebagai fresh-grad tangguhkan dulu niat untuk sambung master dan mula mencari kerja dgn tujuan utk mencari pengalaman? Saya pernah diberitahu, graduan degree yg mempunyai pengalaman bekerja lagi berkemungkinan utk di-hire klu dibandingkan dgn graduan master yg tiada pengalaman. Apa pendapat admin ttg perkara ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam @amateurauthor. Terima kasih atas persoalan tu. Persoalan ini juga yang saya cari jawapannya sebelum sambung master. Biomed adalah bidang yang sangat luas dengan peluang yang besar. Saya bagi jawapan peribadi saya lah. sebab boleh jadi pandangan orang berlainan.

      1.sambung master bergantung pada tujuan dan perancangan masa depan kita. mcm saya nak sambung sebab matlamat saya nak jadi pensyarah.
      2.peluang kerja lebih meluas untuk pelajar ijazah berbanding degree ada betul dan ada salahnya. bergantung pada bidang amateurauthor ambil. ramai kenalan2 dan senior2 saya yang lepas viva master terus ditawarkan kerja. Peluang kerja sentiasa ada tak kira taraf ijazah atau master. Cuma nasihat saya adalah buat kajian sikit bidang master yang awak nak ambil. contohnya, peluang kerja yang ada dengan bidang yang diambil nanti.

      jangan takut dan risau sangat. enjoy the process. semua orang dah dicatatkan rezeki dia. "berkemungkinan di-hire" tu sebenarnya bila awak masuk swasta dan jawatan yang dipilih untuk taraf ijazah sahaja, company boleh pilih ijazah shaja sebab taraf tu je yang diorang perlukan. tapi kalau company swasta yang advanced technology dengan team R&D, diorang memerlukan kepakaran melebihi taraf ijazah.
      Apa pun, yang penting kaji sikit jawatan yang kita apply dan pastikan kita lebih menyerlah berbanding calon lain. inshaAllah. semoga dipermudahkan urusan awak. All the best!

      Padam
  3. Salam kak. Terima kasih atas pandangan dan nasihat. Saya fresh grad and memang azam nak sambung master. Saya berhasrat nak sambung master by research dalam bidang pendidikan sebab ijazah sarjana muda saya pun bidang tesl. Soalan saya, kalau saya bekerja sambil ambik full time master by research, rasanya sesuai tak? Lagi satu, kalau saya tengah kerja, lepastu buat full time master by research tambah nak jadi GRA ni elok ke ataupun akan jadi macam too much? Mohon pencerahan dan pandangan kak. Terima kasih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Anonymous14. Soalan yang menarik untuk awak yang berminat nak sambung ke peringkat seterusnya. Saya kurang tahu bagaimana research bidang selain sains/biologi. Tapi secara kasarnya, pengajian sepenuh masa memang perlukan komitmen. Sama ada awak belajar part time, dan kerja sepenuh masa atau sebaliknya.
      Bergantung pada kemampuan untuk belajar dan pada masa yang sama bekerja. Bagi saya, education comes with a price. masa belajar memang sengkek tak de duit, nak kerja boleh kerja part time itu pun kerja sendiri bisnes sikit-sikit atau buat kelas tuisyen. Tapi penting untuk fokus supaya matlamat nak grad tu dapat capai pada hujungnya. Sebaiknya kalau research ada grant, boleh berbincang dengan supervisor sama ada boleh atau tak awak nak bekerja dan berterus terang pd sv kalau ada kekangan kewangan yang memerlukan awak kerja juga.

      Padam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.