Rabu, 11 September 2019

5 FAKTA Mengenai Suntikan Pemutih Kulit yang Wajib anda Tahu

      Salam sejahtera semua pembaca setia Blog Tangan Gebu! Sekian lama menyepi tanpa sebarang artikel. Terlalu sibuk dengan International Conference dan presentation thesis Master. Tapi dah lega sikit kecuali tugas-tugas hakiki sekarang ambil subjek untuk kajian Master saya dan juga dalam proses penulisan novel. Bila banyak kerja dengan waktu tidur tak menentu lagilah bertambah rasa malas nak update blog walaupun banyak artikel nak dikongsi. Tapi takpe, aku cuba hidangkan untuk pembaca-pembaca sekalian artikel yang boleh bagi manfaat untuk anda semua sekurang-kurangnya bila sesi membawang nanti korang boleh ketengahkan topik yang kontroversi, tidaklah membawang kosong. 
Sumber: Google
5 FAKTA TENTANG WHITENING DRIPS YANG PERLU ANDA TAHU
      Baiklah, hari ni aku nak kongsi tentang suntikan pemutih kulit yang tengah hangat di Malaysia sekarang. Rawatan kecantikan ini sebenarnya dah lama dan kerajaan juga dah bagi amaran tentang keselamatan suntikan ni, tapi makin bertambah-tambah trendy bila ramai artis terkenal buat rawatan whitening drips ni. Topik ni panjang kalau nak ulas, tapi untuk post ni cukuplah aku kongsi sedikit fakta yang penting untuk wanita-wanita dan lelaki yang berminat nak buat rawatan ni. Aku cuba juga bagi penerangan mudah pada pembaca yang kurang pengetahuan dalam bidang sains supaya korang semua boleh faham. Cecair pemutih kulit ada banyak jenis termasuklah Glutathione drips, Vitamin C whitening drips, Skin bleaching drips, Beauty drips, suntik putih dan bermacam lagi nama cecair pemutih yang digunakan secara intravenous (suntik masuk terus ke salur darah) yang diiklankan oleh pusat kecantikan dengan tujuan yang sama iaitu untuk putihkan, cerahkan, glowing-kan, meremajakan, anti-penuaan-kan. Tapi adakah ianya selamat dan dibenarkan dalam islam?

Sumber: The NST website. News date: December 2016.


1. Apa itu skin whitening drips?

Glutathione adalah bahan yang biasa digunakan dalam cecair pemutih selain Vitamin C dan kolagen dengan tujuan yang selalu digembar gemburkan pengusaha pusat kecantikan iaitu sebagai pemutih dan pencerah kulit selain untuk menaikkan seri wajah. Glutathione sebenarnya dihasilkan dalam tubuh badan dan juga secara natural terkandung dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan juga daging. Glutathione adalah sejenis antioksidan yang biasa digunakan dalam rawatan pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi untuk mengurangkan toksik daripada rawatan tersebut serta meningkatkan sistem imun yang lemah kerana penyakit tersebut.

Tapi bagaimana ianya efektif sebagai pemutih? Ianya efektif apabila rawatan melalui IV drips dibuat, cecair ini terus masuk ke dalam sel badan dan menjadi penghalang (blocks and break down) kepada proses yang menyebabkan pigmentasi pada kulit. Kuantiti yang banyak diperlukan dan memerlukan rawatan yang berterusan dan kerap untuk mendapatkan hasil pemutihan keseluruhan kulit tubuh.

2. Apakah kandungan bahan-bahan yang terkandung?

Secara umumnya, kandungan yang biasa diguna adalah glutathione atau kandungan berkuasa tinggi iaitu larutan vitamin C dan glukosa yang terbukti tiada kesan sampingan berbahaya. Namun begitu, senarai kandungan yang jelas adalah diluar pengetahuan pelanggan dan sudah pasti tiada cecair pemutih kulit ini diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahupun US Food and Drug Administration (FDA).
Apa yang lebih merunsingkan adalah, bahan-bahan berbahaya mungkin digunakan dalam IV drips ini seperti hydroquinone, merkuri atau pun heavy metal yang lain. Oleh itu, tiada keselamtan yang terjamin bagi rawatan pemutih ini.

3. Anda mesti tanda tangan dokumen sebelum rawatan.
Rawatan Glutathione IV untuk masalah hiperpigmentasi pada wajah kerana jerawat atau melasma adalah berbeza dengan rawatan IV pemutih keseluruh tubuh yang memerlukan rawatan berterusan. Terdapat pusat kecantikan yang mempromosikan rawatan glutathione ini sebagai anti-penuaan namun tiada bukti klinikal untuk kenyataan tersebut.

Sekiranya anda ingin melakukan rawatan ini, pastikan anda buat kajian terlebih dahulu tentang keselamatan IV drips tak kira atas tujuan apa baik untuk memutih, mencerah atau tujuan lain. Rawatan invasive seperti IV drips ini akan memerlukan anda menanda tangani borang konsen iaitu bersetuju untuk menanggung sebarang risiko rendah atau tinggi yang mungkin terjadi dan mungkin akan dinyatakan sekali kesan-kesan sampingan seperti kegagalan fungsi hati dan sebagainya. Oleh itu, pastikan apa jua info atau penerangan dalam borang yang anda tanda tangan adalah dalam pengetahuan dan kefahaman anda.
Ingat, jangan sudah terhantuk baru terngadah, better safe than sorry.

4. Risiko dan kesan sampingan whitening drips.

Walaupun risiko dan kesan sampingan rawatan ini masih tiada kajian klinikal terperinci, namun penggunaan bahan berbahaya seperti heavy metal akan memberi kesan jangka panjang seperti toksisiti pada sistem saraf, risiko kegagalan buah pinggang, hati dan juga pening kepala. Bahan toksik ini biasanya mempunyai half-life yang lebih lama iaitu ia kekal lama dalam system tubuh sebelum ia keluar dan akan tersimpan dan terkumpul dalam sel otak, buah pinggang dan juga tulang. Rujuk poster daripada The NST.

5. Hukum memutihkan kulit dalam Islam.

Kenyataan mufti sangat penting dalam membuat kesimpulan tentang hukum. Menurut Dr Soleh Muhamad Al-Fawzan, terdapat tiga syarat mengharuskan penggunaan suntikan ini; (1) bahan yang digunakan mestilah dari sumber yang halal dan tidak najis; (2) doktor telah memastikan bahawa ianya tidak memberi mudarat pada kesihatan; dan (3) suntikan itu dibuat adalah untuk merawat aib yang bukan asli dan menghilangkan kehodohan seperti masalah hiperpigmentasi atau kedutan yang luar biasa. Apa sahaja rawatan yang membawa kepada penipuan atau mengubah ciptaan Allah adalah haram dan dilarang dalam islam semata-mata untuk mendapat kecantikan tambahan.
Jelas sekali rawatan whitening ini menyebabkan perubahan ketara pada ciptaan Allah, maka ia diharamkan. Penerangan lanjut boleh layari laman web Mufti Wilayah Persekutuan.



Rujukan:


  1. Refinery29. https://www.refinery29.com/en-gb/skin-lightening-iv-treatment-glutathione-drip
  2. The News Straits Times. https://www.nst.com.my/news/2016/12/199099/injections-skin-whitening-treatment-could-kill-you
  3. Webmed. https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-717/glutathione
  4. The New York Times. https://www.nytimes.com/2017/08/28/health/skin-lightening-glutathione-bleaching.html
  5. Pejabat Mufti Majlis Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2723-irsyad-al-fatwa-siri-ke-265-hukum-menyuntik-kolagen-pada-tubuh-badan-untuk-kelihatan-cantik-di-hadapan-suami
Sebagai penutup kepada semua pembaca yang ada keinginan melakukan rawatan ini, pastikan keselamatan terhadap kesihatan terjamin jangan semata-mata demi kecantikan kita bergadai nyawa. Untuk semua Muslim, pastikan apa sahaja yang kita lakukan tidak melanggar syariat islam. Selebihnya aku serahkan pada anda semua untuk berfikir dan buat lagi kajian dan bacaan untuk lebih penerangan. 

Jumpa lagi untuk post seterusnya. Adios!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.