Rabu, 26 Februari 2020

Life updates

Akhirnya dapat juga luangkan masa nak update blog lepas berbulan-bulanlah terbiar. Sebenarnya sibuk tu cuma alasan je, yang paling utama adalah kemalasan yang amat sangat. Aku tak pasti perkara ni terjadi kepada kebanyakan student atau pun tak, atau terjadi pada student yang dah meningkat usia macam aku. Setiap kali buka komputer aku akan jadi mengantuk. Duduk je depan laptop mata jadi layu rasa tak bersemangat rasa nak tangguh-tangguh kerja dulu. Tak tahulah berapa lama akan jadi macam ni. Memang rasa mengantuk tak boleh bendung last-last tak jadi buat keje pun. Korang pernah jadi macam aku tak?
Kemalasan yang tak boleh bawak bincang

Sebab lain adalah aku malas nak cari content untuk isi dalam blog. Banyak je sebenarnya idea, tapi idea aku nak tulis thesis pun tak siap lagi jadi aku dahulukan yang utama. Aku nak pastikan hala tuju aku ni pada landasan yang betul. Walaupun sambil aku belajar aku ambil tempahan kek kahwin dan kek untuk majlis-majlis, bisnes kek tu sedikit sebanyak bantu juga untuk tampung pengajian aku. Ramai yang nampak bila aku jadi baker menguntungkan. Tapi sebenarnya aku tak mampu nak buat macam baker lain ambil tempahan skala besar, atau hantar pada cafe-cafe sebabnya tadilah, Aku masih belajar dan aku tak nak yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. 

Pada aku, aku nak manfaatkan ilmu yang aku belajar dan cuba cari kerja bidang aku jika ada rezeki. Tapi dalam keadan yang tak menentu, jadi baker adalah back up plan aku. In case aku tak dapat apa-apa kerja, aku boleh terus jadi baker dan mungkin akan keluar Kelantan. Sebab pada pengamatan aku sepanjang jadi baker ni, orang sekitar masih lagi tak sanggup nak keluarkan duit untuk cas penghantaran dan paling besar adalah ramai yang tak reti menghargai hasil kerja baker. Contohnya, aku jual Chocolate Truffle Cake dengan harga RM145 untuk 2kg sedang baker lain jual harga RM50 untuk 2kg. Jadi pelanggan akan persoal, kenapa aku perlu bayar lebih untuk kek yang sama dengan harga lebih dua kali ganda?
Chocolate Truffle Cake

Ok. Aku tarik lengan baju lipat kat atas, sedia nak tembak kau. Sebenarnya tak salah pun kalau kau nak opt for cheaper cake, sebab duit kau kan, bukan duit orang lain. Tapi bila kau buat persamaan kek yang sama, harga yang berbeza, kau ingat ini trivago? Kek RM145 tadi, ada 3-4layer guna pure butter, guna Belgium chocolate, premium cocoa powder, tambah walnut/almond in between, dairy whipping cream, topped pulek dengan kit kat, chocolate whittakers or cadbury, kadang-kadang ada yang letak cream cheese in between layer tapi kau expect harga RM50? Silap besar. Kek RM50 tadi, 1 layer sebiji, topped dengan coklat cair, susu pun guna susu pekat manis. 

Sabar-sabar aku bukan perlekehkan hasil bakeri lain, sebab dulu kek coklat aku pun simple je dan harga pun murah sebab kek bajet kan, itu la yang customer dapat. Sedap tu subjektif, ada yang suka kek simple then again its your choice tak de orang paksa pun ok. Aku tak marah. Cuma aku sedih juga kadang-kadang bila orang tak faham dan pukul rata every cake is cake lah, asal jual mahal-mahal sangat? Kenapa nak guna pure butter yang mahal tu? Guna jelah buttercup yang lebih murah, dapatlah jual murah sikit kan? Tapi it's ok. I can explain. Bagi aku, we can educate the customers sebab they need to know. Hari ni mungkin diorang tak faham Tapi esok-esok diorang tahu.

Jauh pulek melencong, ini kes aku stress bila orang tak reti nak appreciate hasil cake bakers tau. Macam kau jual tudung la, asal tudung kau jual mahal harga yahudi ni padahal sama je dengan design pasar malam? Soalan ni aku bagi penjual tudung lah jawab ya. Kerja bahagian service ni banyak kena sabar dengan kerenah pelanggan. Setakat ni aku tak jumpa lagi pelanggan yang ekstrim, semua baik-baik. Yang tak baik tu diorang tak sempat jadi pelanggan aku. Eh? Tiber...

Sepanjang beberapa bulan aku menyepi dari blogging ni, aku lebih banyak fokus pada study. Aku target nak habiskan research by this year. Berita baiknya aku dah dapat kumpul semua sample, cuma belum masuk lab untuk analisis dan dapat result selebihnya writing. Doakan aku dapat habiskan study ni, udoh le yuran mahal. Rasa serik nak sambung belajar lagi sebab yuran la. Kalau lah yuran percuma, ambik beberapa jenis ijazah pun aku rela. Tapi susah pulak nak appreciate kan, bila percuma ni. 

Tinggal lagi 58 hari nak menuju ke Ramadan, "Allahumma bariklana fii rajab wa sya'ban, wa ballighna ramadhan" doa banyak-banyak supaya kita sampai ke bulan yang mulia ni. Tahun ni aku tak tahu nak ambil order kuih raya ke tak, tapi rasanya tak buat sebab nak buka order kek. Tahun lepas buat cookies, tahun ni kita buat kek. Harapnya study aku pun tak terabai. Ini belum ada anak, ada anak tak tahu kalut macam mana. 

Oklah, itu saja dari aku. Doakan keadaan politik Malaysia kembali stabil. Rakyat semua tengah cemas, menarik pun ada jugak. saham jatuh, ringgit Malaysia merudum, pelabur-pelabur luar pun lari. Banyak terkesan adalah rakyat. Semoga hanya yang terbaik untuk Malaysia. Amin....

2 ulasan:

  1. hehe pernah sangat! Tiap kali berazam, mesti dumulakan dengan "tidur dulu lah". Haha

    BalasPadam
  2. pernah kena macam ni, akhirnya dari seminggu meningkat ke sebulan dan akhirnya 3 tahun menghilang. hihi

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.