Setiap kali travel benda paling penting bagi aku ialah penginapan. Walaupun harga memainkan peranan, aku sanggup bayar lebih RM10 untuk dapat penginapan yang elok, tapi kalau lebih ratus-ratus sampai ribu-riban tu idok le. Duit kena simpan, nak bayar insuran dengan yuran study. Jadi, post kali ini aku nak share pengalaman aku menginap di The Signature Hotel & Service Suites Kuala Lumpur. Faktor utama pilih hotel ni adalah sebab yang paling dekat dengan tempat program aku dan juga free parking.
Sky lobby |
Rate harga biasanya RM200++, tapi aku dapat dalam RM150+ untuk satu malam walaupun weekend. Cuma aku tertanya-tanya bila booking di Agoda, dia cas RM10 tourism fee untuk satu malam, sedangkan aku rakyat Malaysia kot. Jadi total cas RM20 sebab aku stay dua malam. Korang ada pengalaman atau trick tak nak elakkan tourism fee ni?
Bilik agar besar macam studio room, ada pantry dengan peti ais dan microwave, toaster lagi dan of cos cerek. Toilettries dia pun lengkap sampai sikat pun dia kasi. Sebab aku stay dekat M Suites Hotel Johor RM300/night pun tak lengkap macam ni toiletries dia. Memang bilik dia tip top. Boleh dikatakan semua yang korang perlu semua dia sediakan. Kecuali baju lah. Bagi aku untuk bayaran RM150/night sangat-sangat berbaloi dengan service yang dia bagi. Kak Jah bagi 5 bintang! Tengok jelah gambar-gambar keadaan dalam bilik hotel. abaikan maggi tu, bajetnya nak jimat lah.
Satu lagi yang best dia bagi chocolate cadbury. Kalau tengok gambar katil tu, kat atas tu ada coklat dia bagi macam complementary souvenir gitu. Again, aku tak jumpa lagi hotel yang RM150/night bagi semua benda tu.
Malam first day menginap kat sini, aku keluar lah jalan-jalan depan hotel memang penuh dengan deretan kedai makan. Cari makanan, jalan sikit jumpa Family Mart. Kebanyakan kedai makanan Korea dan Jepun je sekitar tu. Kalau korang jalan jumpalah awang korea dengan mat jepun. Bila banyak kedai makanan korea dan jepun ni, banyaklah jugak yang serve arak and pork. Ada satu kedai mamak yang aku yakin sikit, yang lain out.
Itulah yang tak best kt The Signature ni. Banyak sangat Bar dan malam-malam boleh dengar diorang menjerit cucuk-cucuk langit kalau buka tingkap. Nak masuk maghrib penuh kereta bersusun tepi jalan semua berebut nak masuk Club & Bar. Lebih lima pintu kelab malam aku kira, memang banyak kat kawasan ni. Pagi senyap sunyi sebab diorang letih berdisko malam tadikan. Kedai makanan halal tak jauh pun, tapi kalau korang jalan depan deretan dan kumpulan kedai depan hotel ni, memang macam kat luar negara, ramai foreigner.
Masa aku duduk sini, diorang tak sedia free breakfast, sebab cafe diorang tengah renovate, so ada tender yang sediakan makanan RM23nett/head. Aku pulak jenis sekalikan breakfast and lunch jadi tak kisah sangat kalau tak de pun. Satu lagi yang aku suka, swimming pool dia. Infinity pool. Semua facilities dia maintain dengan baik, bersih sangat-sangat.
Last but not least, jarak Hotel ni dengan MidValley cuma 7-10minit drive je. Dekat sangat untuk korang yang kaki shopping tu. Jadi untuk korang yang nak menginap kat sini bolehlah google, The Signature Hotel & Services Suites. Overall rating aku untuk hotel ni 8/10. Facilities dia tip top. Staff pun friendly.
P/s: Review ini tak berbayar. Aku review seikhlas hati ok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.
Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.