1. Listening
Bahagian ni bagi aku bahagian free marks sebab jawapan semua ada dalam perbualan yang diberi. Dia jadi tricky bila kita tak biasa dengan dialek English yang speaker guna dalam rakaman suara. Apa yang korang kena yakin masa jawab soalan bahagian ni ialah, jawapan pasti ada dalam perbualan dan tak perlu fikir jauh-jauh- paling koman pun korang kena rephrase perkatan bila ada soalan mintak kau rephrase dan itupun ada je dalam perbualan yang diberi sebenarnya. Gunakan sepenuh tumpuan untuk dengar dua kali (sahaja) ulangan perbualan tu. Kalau tak dengar dan tak faham sebutan speaker memang susah nak cari jawapan. Cuba isi jawapan pada kertas masa pertama kali dengar, kali kedua dengar ulangan perbualan tu korang hanya perlu cek jawapan dan jawab soalan yang korang masih ragu betul ke tidak. Untuk biasakan telinga dengar dialek English, boleh google International Radio. Situ banyak sangat dialek yang korang boleh dengar dan banyak juga isu-isu yang dibincangkan (maksudnya bukan bual-bual kosong).
2. Reading
Bahagian ni sama dengan bahagian Writing iaitu Practice, Practice dan Practice. Cari contoh-contoh set soalan bahagian ni dan jawab. Buat timer untuk pastikan korang guna masa yang cukup untuk baca dan jawab soalan. Apa yang aku buat ialah, aku baca dulu soalan untuk teks yang diberi berserta jawapan barulah aku baca teks. Bila kita tahu soalan dan jawapan yang ada kita akan automatic boleh jawab soalan tu masa baca teks. Cari je sebanyak mungkin Q&A sheets online untuk bahagian ni dan jawab bersama timer tepi korang.
3. Writing
Untuk bahagian writing pula agak mencabar bagi aku sebab susah untuk pastikan vocabulary dan grammar tak menyimpang. Nak pastikan past tense ke present tense ke future tense ke sejak dari sekolah rendah lagi aku lemah bab ni. Tapi again, practice, practice dan practice sebanyak mungkin untuk biasakan diri guna vocabulary dan grammar yang betul setiap kali menulis. Sekarang ni semua senang, boleh semak grammar secara online je guna platform yang percuma. Kalau dulu aku cek je kertas jawapan tak terfikir pula nak semak jawapan guna online checking. Tapi kena ingat, kita kena menulis masa test nanti jadi biasakan diri guna ejaan yang betul, jangan guna singkatan. Semua tu korang boleh refer je buku-buku English yang ada masa sekolah menengah.
4. Speaking
Bahagian ni boleh jadi bahagian maut dan juga bahagian mudah
score. Aku ringkaskan tiga tips untuk bahagian ni; (1) Mesti yakin/confident,
(2) Latihan speaking – buat banyak-banyak. Bercakap dengan dinding pun tak apa,
dan (3) Biasakan guna grammar yang betul masa bercakap. Guna Bahasa pasar masa
speaking sangatlah membantu untuk kurangkan markah korang. Speaking test ni
ambil masa 5-7 minit je. 2 minit korang sediakan isi apa yang korang nak cakap,
3-5 minit lagi untuk korang bercakap. Speaking IELTS ni lagi mudah dari MUET
sebab korang bercakap secara individu tak macam MUET kena berkumpulan, dapat pulak
kumpulan dengan orang yang tak bagi orang lain bercakap dan dia je ada idea dan
korang pulak jenis sopan tak nak menyampuk, macam mana penilai nak bagi markah
kat korang? Kalau IELTS korang berdua je dengan penilai. Masuk je bilik test,
sapa dulu penilai dengan Hello, nice to meet you. Duduk dan penilai akan bagi
soalan dan sekeping kertas untuk korang conteng-conteng nak cakap apa dekat
dia. Bila bercakap kena tengok penilai jangan tunduk, sebab tu la kena catat
sikit kita nak bagi tau apa takut tak ingat.
Yang aku ingat soalan masa speaking tu mudah je. “Tell me
about a person you’d read in the newspaper few days ago.” Aku membebel
macam-macam konon orang yang masuk dalam newspaper tu politician, kawan pada ayah
aku la. Bagi tahu jasa dia pada rakyat la. Lepas je aku habis test, penilai tu
cakap, “Boleh je kau nak cerita siapa-siapa pun macam artis ke, Siti Norhaliza
baru keluar album atau apa je,” Aku pun , ye tak ye jugak. Mungkin sebab aku
gabra sangat-sangat itu yang cerita je apa yang terlintas. Padahal kalau aku cakap aku terbaca pasal kartun Shin Chan
yang dah tamat siri dia pun lagi senang kot. Tapi aku pun dapat score yang not
bad jugaklah.
Lagi satu kenapa masa speaking kena tengok muka penilai
ialah, tujuan IELTS tu adalah untuk penilai bagi markah korang ni boleh ke
survive dengan Bahasa Inggeris dekat negara luar dari Malaysia. Kalau korang
tunduk je macam mana orang nak faham apa kau cakap.
Panjang pulak bahagian speaking. Masuk terus pada kesimpulan
lah ya. IELTS ni hanyalah medium yang official untuk buktikan yang kita boleh menguasai
English dan berkomunikasi dengan baik. Macam nak masuk Uni, buktinya dari keputusan
SPM. Bahasa adalah medium untuk komunikasi. Jadi, literasi kita dalam English
penting sangat-sangat untuk kita guna dalam kehidupan seharian. Nak bekerja pun
syaratnya kena reti berbahasa Inggeris. Tak rugi pun belajar Bahasa paling
kurang boleh tingkatkan keyakinan kita depan orang. Btw, mat saleh yang jadi penilai aku pun kenal Siti Norhaliza aku masa tu agak Wow! Apa pun aku doakan untuk semua yang nak duduki IELTS test nanti All the best! Dan korang dapat ke Universiti yang korang impikan dengan jayanya. Kalau ada apa-apa soalan berkenaan IELTS ni boleh je ajukan dekat komen di bawah. Kalau aku tak dapat bagi jawapan pun insyaAllah aku boleh bagi rujukan untuk korang sedikit sebanyak.
Oh ya, result IELTS aku dapat band 7.0 lepasi minimum requirement (band 6.0) untuk sambung study bidang Sains di UK. Not bad untuk orang yang tak pernah pergi kelas tuisyen IELTS. aku target band 8, tapi takpelah yang utama nak kejar masa tu lepas syarat minimum je.
Jangan pernah takut untuk bermimpi. Kerana kejayaan bermula dengan sebuah mimpi.
Ok? Semoga bertemu lagi ke catatan akan datang. Lotsa love!
Thankyou so much for this sharing sis <3
BalasPadamTengah plan nak pursue Masters, tapi saya kat Germany, and now tengah rangka untuk ambil ielts jugak.
All the best to you :)
Semoga berjaya!
PadamSalam, tlg share soalan speaking part 1 - part 3 kalau ingat:))
BalasPadamtlg share juga soalan writing Task 1 (bar chart, line graph, map, process..?) and Task 2 jika ingat...bulan 11 neh sy exam:)) doa kan saya juga...sy nk dpt band 7 jugak:((
Wsalam. All the best @stars! InshaAllah, kalau berkesempatan saya kongsi.
PadamHi miss is there any platform to contact you for further information?
BalasPadamHi Mr Qayyum, you can contact me for any question regarding this blog post at tangangebu27@gmail.com
Padamdh ambil IELTS ke...? klau dh ambik boleh share soalan apa yang keluar untuk writing dan juga speaking..?
BalasPadamboleh baca Part 1 di sini: https://tangangebu27.blogspot.com/2019/05/my-experience-of-self-learning-for.html
Padamdan Part 3 di sini: https://tangangebu27.blogspot.com/2021/10/pengalaman-ielts-part-3.html