Ahad, 19 Julai 2020

Perniagaan dari rumah yang menguntungkan ketika Musim Wabak COVID-19

     Sejak Corona virus yang mengejutkan dunia, banyak bisnes yang lingkup akibat kerugian kerana tidak dapat beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan bermula pada 18 Mac 2020. Walaupun PKP sudah berakhir selain dalam tempoh pemulihan, perniagaan kecil masih sukar untuk bangkit setelah disekat operasinya sepanjang PKP. Ada yang terus menutup kedai, ada juga yang menjual perniagaan mereka malah ada juga yang membuang pekerja kerana tidak mampu menanggung kos operasi dek penutupan premis sepanjang PKP. Baik perniagaan buku, peralatan elektrik, pakaian mahupun produk kecantikan sehinggalah perniagaan bentuk perkhidmatan seperti spa ditutup untuk mengawal wabak Corona ini. Namun tahukah anda perniagaan yang masih lagi boleh diteruskan walaupun PKP berjalan? 
Homemade Brownies

     Perniagaan yang masih beroperasi sepanjang PKP adalah bisnes makanan. Kerana makanan dan minuman merupakan sumber utama untuk hidup, perniagaan makanan dilihat sukar untuk lumpuh. Walaupun kenaikan harga bahan mentah membuatkan hasil makanan lebih mahal selepas MCO (movement control order), perniagaan masih boleh terus berjalan sama ada pelanggan boleh membeli terus di kedai, mahupun perkhidmatan penghantaran disediakan. Jadi, untuk anda yang buntu, tak tahu nak buat apa dalam keadaan menganggur, mohon kerja pun susah nak dapat sedang bil dan hutang masih perlu dibayar, anda boleh mulakan bisnes  makanan kecil-kecilan dari rumah. 
Kek bertema Ironman

Berikut adalah senarai bisnes dari rumah yang menguntungkan sepanjang musim wabak COVID-19 ini.
  1. Mulakan bisnes tanpa modal dengan menjadi dropship untuk produk makanan segera yang ada dipasaran terutama sekali produk yang dihasilkan oleh bumiputra. Banyak produk-produk makanan segera yang dihasilkan dari rumah dan mencari ahli dropship atau agen di seluruh negeri seperti kerepek seaweed, kuaci berperisa, choco jar dan banyak lagi. Keuntungan juga agak lumayan.
  2. Hasilkan produk makanan homemade seperti cookies dan cake dari rumah. Home based food business lebih kecil risiko dan modal juga rendah kerana kurang kos operasi. Produk makanan juga tidak terhad kepada cake & cookies sahaja tetapi termasuklah lunch box seperti set nasi dan juga lain-lain makanan. Makanan sejuk beku juga sangat menguntungkan kerana mudah disediakan dan menjimatkan masa pelanggan.
  3. Buat perkhidmatan delivery/runner. Musim kebanyakan orang masih lagi berjaga-jaga untuk keluar rumag boleh dijadikan pemudah cara dan juga sumber rezeki iaitu menjadi personal shopper dan menghantar ke rumah pelanggan. Upah membeli dan juga menghantar akan dibayar oleh pelanggan. Bukan hanya personal shopper, perkhidmatan bayaran bil, pos barang dan juga menghantar barang bagi pihak penjual juga boleh dilakukan.
  4. Menjual kit perlindungan dari wabak juga salah satu bisnes yang boleh dilakukan dari rumah sahaja. Kit perlindungan empat dalam satu yang terdiri daripada hand sanitizer, mask, mask connector/extender dan juga alcohol wipe (tisu pembersih kuman) boleh dijual dengan menggunakan platform Shoppe atau Lazada sahaja.
  5. Barangan makanan kesihatan juga sangat mendapat  sambutan seperti Vitamin. Sebagai contoh Vitamin C boleh membantu menguatkan imun tubuh. Namun, mesti diingatkan supaya menjual produk kesihatan yang mendapat sertifikasi dari KKM dan juga tidak 'overclaim'.
  6. Oleh kerana pakaian yang dibeli di kedai tidak boleh dicuba kerana bimbang jangkitan virus, tiada bezanya dengan kita membeli secara online. Jadi, anda boleh menjual baju hanya secara atas talian sahaja iaitu menjual secara live di facebook, instagram mahupun shoppe live.

Secara kesimpulannya, banyak ruang dan peluang yang boleh diambil untuk meneruskan perniagaan dari rumah walaupun tiada premis kedai. Anda juga mempunyai masa yang fleksibel untuk menguruskan perniagaan dalam masa yang sama menjaga keluarga anda. Semoga anda semua mendapat idea untuk memulakan bisnes dari rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.