Khamis, 24 Disember 2020

Pengalaman Facial di Citra Spa Kota Bharu

 Hai Assalamualaikum,

Hari ni saya nak kongsi pengalaman buat facial dekat Citra Spa tempoh hari. Sebenarnya dah lama beli pakej spa ni dari tahun lepas lagi. Tapi sebab banyak alasan-alasan yang tertentu ditambah lagi dengan COVID, makin lama la bertangguh. Apa pun bermula bulan November 2020 hari tu Spa ni dah buka balik dan pindah dari premis kedai ke rumah! First time datang lepas diorang pindah ni rasa teruja sebab sebelum ni bangunan kedai tempat parking limited dan berkongsi dengan kedai-kedai lain. Terpaksa melilau cari tempat parking. Sekarang tiada masalah dah. Lagi satu tempatnya sangatlah lawa, sejuk mata memandang.

Seronok itu bila senang dapat parking. 

          Citra Spa ni sama seperti spa-spa yang lainlah dari segi perkhidmatan diorang iaitu sebagai tempat memanjakan diri. Sebelum ni saya pernah kongsi pengalaman peribadi pergi ke Spa disekitar Kota Bharu. Boleh la korang baca sebelum pilih spa. Bisnes spa sekarang agak merudum sekarang disebabkan COVID dan juga perintah penjarakan sosial dengan SOP yang ketat pada awal-awal wabak ni berlaku. Tapi bagi saya, walaupun bisnes agak slow sekarang bisnes ni takkan mati. Kenapa? Sebab wanita suka manjakan diri sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

          Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan yang Citra Spa sediakan. Daripada pakej khas untuk Raja Sehari, pedicure, menicure, sauna, massage hinggalah ke perkhidmatan rawatan wajah. Senang cakap rawatan dari rambut hingga ke hujung kuku kakilah semua ada. Tapi post kali ini saya kongsi pengalaman buat facial di sini. Kalau korang nak tahu treatment lain yang ada, jemputlah ke sini ya. Boleh hello2 dulu Cik Balqis tanya berkenaan treatment. Beliau akan layan Cik Puan dengan lembah lembut dan berbudi bahasa. Ok. Sesampainya ke spa, anda akan disajikan dengan teh O kosong (teh bunga wangi) dan sedikit pencuci mulut. Complementary drink and dessert ni bagi saya betul-betul memberi kelainan berbanding spa-spa yang pernah saya pergi sebelum ni.
Jemputlah tengok.

         Tak dilupakan aroma dalam spa sangat menenangkan. Boleh release tension lepas penat bekerja. Waktu operasi pun dari pukul 10.00pagi hingga 10.00 malam. Ada sesetengah spa buka pagi hingga petang je. Jadi kalau korang nak pergi waktu malam pun boleh tapi mesti buat appointment lah. Waktu gambar diambil ni saya buat Vitamin C Facial treatment selama 120 minit. Sebenarnya pilihan treatment ni bergantung pada pilihan korang nak buat apa, untuk cerahkan, kulit berjerawat atau sekadar relaxing facial treatment pun ada. Kalau buntu nak buat treatment yang mana satu, consult je dengan Cik Balqis kat situ rawatan apa yang sesuai untuk anda.

Lawa sangat interior design Citra Spa

         Masuk bilik ni untuk rawatan yang korang pilih. Kalau facial, dimulakan dengan buang make up, then cuci muka, scrub, moisturiser, facial mask, steam wash, extraction, serum, urutan bahu dan belakang bagi. Bergantunglah pada jenis treatment. Tak tahu berapa kali tertido (klate:jenero) dah alang-alang semalam siapkan thesis sampai pukul 3.00pagi. Harap Cik yang massage muka hari tu tahan gelak dengar dengkuran.
Tido lah situ sampai siap. Siapa yang tak terlenakan?

          Kalau saya kena bagi bintang, saya bagi 9/10 bintang untuk servis, kualiti treatment dan overall experience. Tapi tempat saya bagi 10 bintang. 1 bintang lagi sebab saya harap masa treatment tak melebihi tempoh yang dinyatakan. Pelikkan? lagi lama la lagi baguskan. Nama lagi tempat rilek2. Tapi sebab kita tak tahu customer kita lepas ke spa dia ada temujanji lain pula. Atau kerja yang nak disiapkan. Kalau treatment 90minit lebih 5 minit tu masih diterima. Dah habis treatment pun dihidangkan teh O panas. Kesimpulannya, untuk anda yang masih mencari-cari spa yang sesuai sebelum kahwin atau untuk tenangkan fikiran, boleh google Citra Spa Kota Bharu. Terbaik!
Muka happy lepas facial.


4 ulasan:

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.