Masuk bulan ketiga tahun 2021, terasa masa terlalu cepat berjalan. Teringat semula pada penghujung bulan Mac 2018 saya pergi berjumpa seorang Pensyarah (yang merupakan supervisor saya sekarang) untuk sambung pengajian Master in Research. Hati masih ragu-ragu tapi tak pernah menafikan kalau sekali peluang datang akan saya genggam dan kejar sampai dapat. Macam-macam persoalan bila setuju terima tawaran jadi Research Assistant dan seterusnya sambung Master. Betul ke nak sambung Master? Nak cekau kat mana yuran pengajian? Sudahlah USM ni bayaran yuran Rm4,200 per semester. Rasa macam tak percaya sekarang dah sampai ke penghujung. Berkat bantuan, sokongan dan dorongan dan paling penting doa dari orang sekeliling, saya melepasi bahagian besar pengajian Master. Tinggal menanti Viva voce yang sudah pasti ketar lutut.
Sekali lagi saya merasa sangat-sangatlah bersyukur pada Allah kerana melancarkan dan mempermudahkan semua urusan saya. Kerana setiap dari kita hamba Allah, tidak boleh lari dari bantuan Pencipta kita. Baba mengajar satu doa dari potongan ayat suci Al-Quran dan selalu berpesan supaya membacanya untuk setiap apa jua perkara, tidak kira ketika buntu, tidak jumpa penyelesaian, mahupun merasa tidak berupaya melakukan sesuatu kerana luar dari kemampuan diri. Alhamdulillah. Tipulah kalau saya kata tak merasa untuk surrender. Ada banyak kali hati ni terasa tak mampu nak habiskan pengajian. Rasa fobia nak sambung belajar.
Sejak dari sekolah rendah hingga sekarang, saya bukanlah jenis yang brilliant & intelligent. Baca sekali terus faham, belajar sekali terus ingat. Tidak. Saya memang jenis pelajar yang jika tiada usaha, memang tak boleh score untuk sesuatu subjek. Dari sekolah rendah bukan pelajar yang top 10 bahkan bukan top 30 sekalipun. Cuma pelajar sederhana yang mempunyai kemahiran proses maklumat yang sederhana sama macam semua pelajar sederhana yang lain. Teringat satu kata-kata nasihat dari ibu saudara saya yang merupakan seorang Professor (kini sudah pencen) Prof Faridah Abdul Rashid. Beliau mengatakan, beliau juga seorang pelajar biasa-biasa sahaja. Keputusan SPM pun tak gempak mana. Tapi beliau yakin, jika kemahuan/cita-cita diiringi dengan usaha, apa saja boleh dicapai. "Ambil peluang. Jangan lepaskan. Teruskan usaha," itulah pesan beliau. (Doakan beliau diberi kesembuhan atas penyakit kanser yang sedang dihadapi. Insha-Allah.
Post kali ini tidak lain hanya nak kongsi tentang pengajian Master saya yang sudah dipenghujung dan nak minta doa semua pembaca setia untuk mempermudahkan Viva voce saya nanti. Banyak cerita/pengalaman yang nak dikongsi tentang pengajian Master ni. Ada peluang saya akan kongsikan dengan lebih terperinci. Akhir kata, jangan takut bermimpi setinggi langit, kerana dengan mimpi akan datangnya kekuatan menggapai mimpi menjadi kenyataan. Sekian.
Usaha tangga kejayaan. Selamat maju jaya :)
BalasPadamInsyaAllah ok.. kite dulu masa viva master sekejap je dalam 20minit je.. nak tunggu giliran tu yang lama hahaha
BalasPadamPresentation tu 25minit shja. tak boleh lebih 30minit. masa defense tu, mmg lebih 2 jam. saya sendiri total masa 3jam. online viva.
Padam