Syukur alhamdulillah, alhamdulillah thumma alhamdulillah! Allahu Akbar! Allah mendengar permintaan aku dan mengabulkannya satu per satu. Betapa kasih sayang Allah pada semua hambaNya tak dapat dikira setiap satu kerana terlalu banyak. Oleh itu, dengan rasa kesyukuran yang selalu ditanam dalam hati tak kira kejayaan yang dicapai hari ini, mahupun setiap hela nafas, segenap sendi tubuh yang bergerak, kesempurnaan setiap deria serta keteguhan dalam iman dan Islam, semuanya adalah kurniaan Allah pada aku. Menitis juga air mata apabila dah dianugerahkan secara official sebagai graduan Master.
Ada juga rasa nak berhenti sepanjang dua tahun pengajian Master. Ada yang pandang enteng mengatakan, "Alah, master mudah je, bukan PhD." Tapi sangka baik dengan individu tersebut kerana she had got it easier. Mungkin ada yang tak perlu risaukan yuran sebab dah dapat scholarship, ada yang memang genius dan bijak dan Allah mudahkan kefahaman dia. Jadi dia merasakan ianya mudah bagi dia dan merasakan orang lain pun boleh laluinya dengan mudah juga.
Tapi aku yakin tidak semua orang melaluinya dengan lancar dan mudah. Macam aku, struggle dengan nak bayar yuran sebab tak dapat scholarship tapi syukur Allah mudahkan juga. Struggle juga dengan isu peribadi yang sangat-sangat menguji emosi dan psikologi. Tapi syukur juga, Allah bantu lalui semua tu dengan memberi umi, baba dan keluarga yang sangat supportive.Maleh nak upload scroll. Yang ni pun dah cukup syarat. Selebihnya simpan sendiri je.
Post ini dibuat sebagai memori untuk diri sendiri bahawa "You'd done it!" "You did it!" Bagi aku, kejayaan ini bukan sekadar kejayaan, tetapi suatu proses yang mendewasakan. Proses aku mengenal siapa kaca siapa permata. Proses mencari identiti diri juga proses mematangkan diri. Dan tiada kejayaan ini tanpa bantuan dari ramai orang. Master degree ini juga sebagai bukti, bahawa hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Dan tiada yang mustahil di dunia ini.
InshaAllah, aku akan sambung ke peringkat PhD dalam masa terdekat. Tentu sekali dalam bidang Biomedical Sciences juga. Walaupun majlis Konvokesyen untuk sesi kali ini belum pasti, tapi hati ni dah redho. Tengok scroll dan transkrip pun dah happy sangat.InshaAllah, hidup baru, status baru. Dan semoga sentiasa dalam redha Allah SWT
Tahniah!! Akak tak ada kegigihan nak sambung master😂. Cukuplah takat degree jer.
BalasPadamAlhamdulillah. Terima kasih akak!
Padamalhamdulillah....tahniah ya
BalasPadamalhamdulillah. terima kasih Fida Z Ein
Padamdone follow. Tahniah awak..
BalasPadamalhamdulillah. terima kasih!
PadamTahniah akak, akak boleh ke saya nak ws akak nak tanya pasal masters di usm?
BalasPadamboleh. email pada akak di tangangebu27@gmail.com
Padamuntuk privacy akak tak kongsi di sini ya nom phone. inshaALlah akak balas secepat mungkin
salam, mcm mana akak byr yuran ek walaupun xda biasiswa?
BalasPadamSaya ada buat homebaking. ambil order sikit2 utk tampung yuran. saya juga ada elaun daripada geran.
Padam