Selasa, 16 November 2021

Printer Baru Reward Sempena Sambung PhD: HP OfficeJet Pro 8020. I'm in Love with the Quality!

Post kali ini saya nak berkongsi review Printer HP OfficeJet Pro 8020 yang beli sempena nak reward dapat sambung PhD 🙊. Kira reward la sebab printer lama dah bagi adik-adik pakai di rumah senang diorang nak print apa-apa dokumen. Tambah-tambah pula belajar dari rumah lagi adik yang di Matrikulasi Kelantan dan adik bongsu Form 4. Lagipun printer tu dah berusia lebih tiga tahun. Printer HP Deskjet 2600. Saya memang akan pilih jenama HP kalau nak beli printer berbanding Canon sebab harganya lebih ekonomi dan ink catridge pun berpatutan sangat kalau heavy user macam saya. Sebab saya lebih prefer baca notes yang dah print berbanding dalam komputer.

Printer yang sesuai untuk Small Business.

Printer kali ni lebih canggih sikit la 3-in-1 boleh Print, Scan dan Fax. Entah bila nak fax pun tak tahu. Dah beli baru rasa printer besar sangat. Agak berat juga. Tapi... Kualiti printing dia sangat memuaskan dan smooth je. Macam print laserjet. Asalnya nak beli printer laserjet, tapi yang monochrome (black and white) pun dah dekat RM800+, yang Color Laserjet lagi la harga lebih seribu!

Harga RM715, Free Postage.

Jadi saya pilih tengah-tengah, iaitu kualiti printing yang elok dan kemas serta cepat tapi harganya yang masih lagi di bawah bajet. Survey-survey semua tempat hat ni jugak yang berkenan dihati. Bajet nak guna lama ni untuk PhD nanti. InshaAllah, semoga Printer ni bermanfaat nanti. Tak membazir sebab memang keperluan nak guna hari-hari. Beli online je di HP Malaysia Online Shop. Penghantaran pun pantas, dalam dua hari bekerja macam tu.

Printer ni ada bahagian monitor yang boleh touch screen. Nak print, scan atau copy dan sebagainya boleh ikut guide yang dia tunjuk pada screen tu. Installation pun senang je guna HP Smart.

Step-by-step install HP Smart. Baca kat kotak ja.

Mula-mula nak beli tu fikir jugak harga dia. Tapi beli jugak lepas timbang-timbang dengan printer sebelum ni, print lambat, selalu hang atau jam kalau banyak nak print. Kualiti print pun tak smooth. Ada la comot sikit kadang-kadang tu. Bila dah guna yang baru ni, seronok pulak. 


Printer Specification:


Customer Rating:
Majoriti bagi 5 Bintang untuk Printer ni. Not bad kan? Siap ada web support 24/7 lagi, dan Limited Warranty selama setahun.

Sekarang menanti voucher Grab e-Wallet RM50 sebab sekarang HP ada buat Reward Program. Kalau beli apa-apa product dari HP, boleh claim reward ni. Berbaloi jugak lah. 

Dulu saya pernah join contest HP Raya tahun 2019, dan menang tempat pertama percutian ke Turki, dan naik Hor Air Balloon dekat Capadocia. Tapi saya let go hadiah tu pada member ayah. Lagipun masa tu tengah belajar Master. Tak dapat pergi. At least dapat hadiah ole-ole dari Turki banyak jugak.

Bagi bukti kang orang kata saya sembang lebih.

Mula-mula ingatkan siapa nak scam saya ni. Siap contact HQ lagi betul ke saya menang ni. Lepas dapat confirmation, terus cepat-cepat arrange pada siapa yang nak pegi masa tu. Bagi pada member ayah bercuti dengan wife dia. Daripada burn macam tu je hadiah tu kan.

Oklah, itu saja untuk post kali ini. Saya pun masih nak explore lagi printer baru ni. Kalau ada antara korang yang tengah survey nak beli printer, boleh la pergi ke Online Shop HP Malaysia. Banyak pilihan yang murah atau mahal, yang kecik atau besar. Semua ada. Komputer pun ada juga. Gadget-gadget lain sekali.

Btw: Tengok la sendiri kualiti printing dia. Memang puas hati. Mak Ngah bagi saploh bintang! Hp, I will always coming back for more! Suggest me other gadget for student pls!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.