Ahad, 31 Oktober 2021

Hati-hati! Makeup yang mengandungi Asbestos penyebab Kanser

Pencemaran asbestos telah dikesan dalam banyak produk riasan malah jenama besar dan popular juga tidak terkecuali daripada pencemaran ini. Pada tahun 2020, US Food and Drugs Association (FDA) melaporkan dua dalam 10 produk make-up didapati telah tercemar dengan asbestos dalam kandungannya. Asbestos adalah sejenis mineral dikesan dalam talc yang telah dikisar. Serbuk talkum adalah sangat popular dan masih digunakan dalam banyak jenama produk kecantikan hingga sekarang. 

Photo by MART PRODUCTION from Pexels

Bahaya asbestos pada kesihatan yang paling utama adalah penyebab kanser kerana sifatnya yang karsinogen meningkatkan risiko kanser kepada pengguna. Penguatkuasaan undang-undang dalam kawalan penggunaan talkum tidak diwujudkan walaupun penggunaan asbestos dalam produk kecantikan dihalang dan pengeluar boleh dikenakan tindakan undang-undang. Kehadiran asbestos dalam talkum tidak dapat dikawal walaupun pada bahan yang di claim sebagai asbestos-free talc.

Pendedahan kepada asbestos dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kanser ovari. Produk kecantikan yang telah dicemari dengan asbestos sukar dikesan kerana ia biasanya wujud di dalam serbuk talkum. Risiko ini merunsingkan kerana risiko tertinggi pencemaran asbestos adalah melalui produk serbuk seperti bedak bayi, bedak kompak serta serbuk pembayang mata (eye shadow). Asbestos juga boleh menyebabkan kanser paru-paru apabila masuk ke saluran pernafasan.

Photo by Engin Akyurt from Pexels

Fungsi asbestos adalah:

  • Menyerap lembapan
  • Memastikan riasan melekap pada wajah dengan baik
  • Untuk memberi tekstur yang halus dan lembut pada produk
  • Mengelakkan kesan rekahan pada riasan yang dioleh
  • Menambah warna pada produk kecantikan

Namun begitu, pencemaran asbestos melalui talkum di Malaysia tidak begitu mendapat perhatian atau pendedahan pihak farmseutikal. Data analisis berkenaan kematian yang berpunca daripada pendedahan asbestos dalam produk make up termasuklah produk kecantikan untuk kanak-kanak hanya dilaporkan di Amerika Syarikat yang melibatkan kematian sehingga 15,000 setahun berpunca daripada agen penyebab kanser (cancer causing agent). 

Selain itu, pendedahan asbestos juga tidak memberi kesan kepada kesihatan dalam jangka masa yang singkat menyukarkan pihak doktor untuk mengesan pencemaran yang didedahkan pada seseorang. Untuk memastikan produk kecantikan bebas daripada asbestos, beberapa langkah boleh diambil;

  1. Ambil cakna melalui laporan berita tentang produk kecantikan yang mempunyai pencemaran kepada bahan-bahan kimia berbahaya.
  2. Pilih produk yang tidak menggunakan talkum (talc-free)
  3. Produk yang di claim sebagai 'natural' atau 'organik' tidak semestinya bebas daripada pencemaran asbestos.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.