Khamis, 2 September 2021

REVIEW Authentic Tea House Oolong Tea

Teh Oolong sedia diminum. Tanpa kalori!

Teh merupakan minuman yang dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tak kira dalam bentuk apa ia dihidangkan. Bagi masyarakat Cina, teh merupakan satu budaya turun temurun yang diamalkan bukan hanya kerana manfaat kesihatannya tetapi juga sebagai simbolik kepada sebuah majlis atau perayaan. Jika Tealive, Chat Time atau Cool Blog menjadi satu minuman trendy yang disukai ramai orang tidak kira peringkat umur, kali ini saya akan kongsikan minuman untuk anda yang nak turunkan berat badan tapi masih tak nak meninggalkan amalan minuman teh. Teh Oolong adalah teh tradisional masyarakat Cina yang mempunyai banyak manfaat kesihatan kerana ianya merupakan campuran daun teh hitam (black tea leaves) dan teh hijau (green tea) dengan aroma seperti tembakau (woody and earthy aroma) serta rasanya yang pahit.Daun teh Oolong dihasilkan daripada pokok spesis Camellia sinensis yang merupakan pokok yang sama dengan daun teh. Apa yang menjadi perbezaannya dengan teh hijau adalah, teh Oolong melalui proses oksidasi, iaitu tindak balas kimia yang berlaku apabila daun teh yang dipetik didedahkan kepada udara (oksigen).

Pelbagai nutriti terkandung dalam Oolong tea yang mempunyai sedikit kandungan kalsium, magnesium dan juga kalium. Walaupun teh ini turut mengandungi kafein, ia turut mempunyai antioksidan yang memberi pelbagai manfaat pada kesihatan tubuh. Secara umumnya, amalan meminum teh Oolong dapat mengelakkan risiko kencing manis pada individu yang mempunyai masalah rintangan insulin dan merendahkan inflamasi dalam badan. 
Gambar dari Pexel


Selain itu, kandungan antioksida yang ada dalam teh ini boleh membantu untuk kesihatan jantung iaitu menurunkan tekanan darah dan paral kolesterol dalam darah justeru dapat menurunkan risiko penyakit jantung. Kajian pada tahun 2003 mendapati, amalan minum teh enam cawan sehari boleh menurunkan kadar penyakit jantung koronari secara signifikan berbanding individu yang tidak mengamalkannya. Individu yang minum dua cawan teh sahaja sehari dapat mengurangkan risiko strok.

Namun begitu, elakkan kandungan gula yang berlebihan dalam teh. Penurunan kandungan lemak dalam badan dengan amalan teh Oolong ini, dapat membantu menurunkan berat badan juga. Di Malaysia ni dah ada teh sedia diminum dalam tin (300mL), botol kecil (500mL) atau botol besar (1.5L) iaitu Teh Oolong dari Authentic Tea House jenama Coca-cola ni. Ianya tanpa gula, walaupun sedikit pahit tetapi aromanya sangat wangi dan tidak terlalu kuat sesuai untuk peminat kopi.

Guna Voucher free shipping kat shopee, beli Teh Oolong ni.

Saya terus beli satu karton teh Oolong ni dari shopee simpan dalam peti ais minum sejuk-sejuk. Sebelum berbasikal atau lepas senaman minum teh ni memang teruja sebab fikirkan "Selamat tinggal lemak-lemak ku. Nyah kau dari sini!" Harga pun tak mahal, tak semahal teh yang trendy tu sampai RM8 secawan. Teh ni satu tin bawah RM2 sahaja. Azamnya nak diet dan sebelum tutup tirai 2021 ni nak turunkan berat badan sikit, 5kg pun dah ok. Terkawal sikit simptom PCOS yang saya alami.

Nak beli boleh klik LINK ni. Beli di Shopee je senang, cepat. sehari dah sampai.

Disclaimer: Ini bukan review berbayar ya. Saya kongsikan sebab manfaat teh Oolong ni menarik untuk diketahui semua. Tak payah bru dah teh ni. Bukak terus minum je.

2 ulasan:

  1. salam kenal. akak kurang suka teh. tp anak2 lelaki semua suka. kalau teh botol dr Indonesia tu suka lah sangat.

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.