Semakin hari semakin ramai yang berminat dan bertanyakan tentang rawatan sulam bedak atau sulam blusher dengan impian memilik wajah secantik artis Korea. Viral di media sosial mengenai make up kekal ini dan kian menjadi trend. Dalam artikel terdahulu ada dinyatakan fakta berkenaan sulam bedak yang membuatkan wajah tampak sentiasa 'make up ready' tak kira masa dan di mana sahaja. Kepada pembaca yang masih belum membaca artikel terdahulu boleh klik SINI.
Sumber: Pexels |
Industri tatarias kekal (permanent make up) telah melalui peningkatan mendadak dengan wujudnya rawatan terbaru yang menjadi punca kepada bertambahnya rawatan yang tidak berkelayakan serta diragui keselamatannya kepada pengguna. Oleh kerana pigmen warna sulam bedak atau blusher ini tidak dijual terus kepada pengguna, kita tidak dapat memastikan bahan-bahan yang terkandung dalam pigmen tersebut. Jangan tertipu jika pemilik salun atau beautician yang mengiklankan bahawa FDA (Food and Drugs Association) meluluskan cecair sulam bedak ini kerana TIADA satu pun aditif warna yang pernah diluluskan oleh FDA untuk disuntik ke dalam kulit. FDA masih lagi mengkaji kesan penggunaan pigmen ini kepada kesihatan dan keselamatan pengguna. Pastikan anda sama ada pengguna dan pengamal perubatan membuat laporan kepad FDA sekiranya ada kesan sampingan berbahaya yang berlaku.
Sumber: NEJM |
Kesan buruk yang mungkin berlaku
Kebanyakan pigmen warna seperti iron oxide tidak memberikan sebarang kesan alergik malah iron oxide sendiri adalah pigmen yang paling tidak berbahaya. Namun, apa jua bahan asing yang mempunyai risiko infeksi, kerengsaan (irritant) yang disuntik masuk ke bawah kulit akan memberi kesan jangka panjang yang amat menakutkan. Granuloma adalah antara kesan yang akan berlaku akibat dari kesan infeksi, inflamasi dan kehadiran bahan asing dalam tubuh. Selain itu, keloid juga boleh berlaku selepas proses pembuangan (dermabrasion) pigmen tersebut daripada kulit. FDA juga telah melaporkan kesan buruk yang berlaku seperti begkak, melepuh, menggelupas dan juga parut pada wajah pengguna malah ada sesetengah kes melaporkan kecacatan serius seperti kesukaran bercakap dan makan (bagi pigmen yang disuntik pada bibir).
Infeksi
Seperti yang pernah dikongsikan dalam artikel terdahulu, infeksi yang berlaku biasanya kerana amalan kebersihan yang diamalkan oleh pekerja salun. Di negara luar terdapat banyak kes jangkitan hepatitis yang berlaku kerana penggunaan jarum yang tidak disteril dengan sempurna. Malah, di Kanada, terdapat kes jangkitan AIDS oleh kerana rawatan face tattoo ini! Mengapa anda perlu mengorbankan kesihatan anda demi trend kecantikan yang akan berubah beberapa tahun akan datang?
Komplikasi MRI
Bahan sulam bedak atau sulam blusher ini akan kekal lama yang boleh memberi risiko apabila terdapat keperluan untuk pengguna melakukan MRI scan. Inilah mengapa anda perlu elakkan membuat permanent make up kerana malang tidak berbau. Medan magnet dalam Magnetic Resonance Imaging (MRI) akan berinteraksi dengan bahan yang terkandung dalam pigmen tersebut seterusnya mengganggu kualiti MRI dan juga menyebabkan bengkak dan rasa kulit terbakar (burning) serta berisiko kepada inflamasi. Seandainya anda telah membuat face tattoo ini dan harus menjalani MRI scan, pastikan anda memberitahu kepada radiologist untuk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Segala risiko yang akan terjadi hanya anda yang akan menghadapinya seorang diri. Buka mata dan minda, jangan tertipu dengan kecantikan sementara. Bahagia dan gembira dengan hasilnya mungkin anda rasa walaupun merosakkan tubuh tanpa sedar. Tanya diri anda berapa pentingkah rawatan ini kepada anda sehingga anda berani menaruh keselamatan diri. Jika anda lakukan demi kepuasan orang yang melihat, mereka tidak lain hanyalah pengkritik yang tidak akan menanggung masalah anda. Hargai diri anda, kerana kalau tidak anda siapa lagi?
Sumber:
- Alberto G. and Uwe W. (2014) Severe unexpected adverse effects after permanent eye make up and their management by Q-switch Nd:YAG laser.
- Leanna S. How Safe is Permanent Make up.
- Sarah K. 14 Pics of Beauty Procedures Gone Wrong The Talko.
First time tau tentang sulam blusher ni. Kalau saya, dah bersyukur dgn rupa yang sedia ada. Tak nk lah cucuk itu ini. Takut pun ada sebenarnya.
BalasPadamYa. Betul sangat. Ramai lagi tak jelas dengan sulam blusher ni. Jangan cari penyakit.
PadamTak pernah dengar sulam blusher ni. Macam banyak kesan buruk je kalau buat. Biarlah cantik secara alami. Kak Feni follower yang #6.
BalasPadamHai kak Feni. Terima kasih sudi follow. dah follow juga. Selamat Berkenalan. Nak kata kesan buruk tu tak jugak. Masing2 tanggung risiko. Tak semua kesan tu boleh terjadi pada semua orang yang buat sulam blusher ni. Kesan pun berbeza sebab ketahanan badan kita semua berbeza. CUma beringat sebelum terkena.
Padamseram tengok gambar ni..
BalasPadam