Jumaat, 29 Oktober 2021

Daily Dose of Motivation

Rasa semangat dan motivasi kita ni memang akan ada naik turunnya. Sebenarnya kita boleh belajar cara-cara untuk self-motivate diri kita bila rasa kurang semangat. Bila tak semangat, semua jadi lambat. Lagi-lagi bila emosi kita penat bercampur dengan masalah keluarga mahupun kerja. 



Nak berubah tak mudah, tapi tak mustahil. Nak jadi orang berjaya pun bukan senang, tapi selagi tiada tindakan dan usaha, selagi itulah kita tetap ditakuk lama. 

Kata orang, kegagalan pun boleh menjadi motivasi untuk bangkit. Tapi hanya selepas kita menerima kegagalan dan ambil pelajaran darinya.

Gagal ini maksudnya pada istilah yang kita berikan padanya. Jika tak mendapat straight A dalam peperiksaan itu bermaksud gagal pada anda, maka penilaiannya pada sejauh mana achievement dalam hidup anda itu menjadi suatu kejayaan buat diri sendiri. 

Jika perceraian daripada ikatan perkahwinan yang dibina itu adalah suatu kegagalan buat anda, maka anda menilai hubungan itu sebagai satu pencapaian hidup. Tetapi manusia tak sempurna dari sebarang dosa dan noda. Walau sudah jauh perjalanan hidup kita, bila toleh ke belakang begitu banyak duri yang telah diinjak, begitu banyak parut dan luka pada tapak kaki kita. 

Jadi sentiasalah berlapang dada, akan setiap fasa kehidupan yang dijalani. Allah mempunyai tujuan untuk kesedihan dan kesakitan kita, ada sebab untuk perjuangan hidup kita, dan begitu banyak ganjaran untuk setiap taqwa, tawakkal, keimanan dan keyakinan kita padaNya. 

Ingatlah, sentiasa ada ruang untuk perbaiki diri, sentiasa ada peluang kedua untuk kembali meraih matlamat yang diimpikan. Selagi ada kemahuan, di situ ada jalan. Ya. Semuanya adalah pada diri kita sendiri.

Screenshot dari IG @uniquescribbless


Dalam banyak-banyak halangan di sekeliling kita, jangan sampai diri sendiri menjadi penghalang kita untuk berjaya. Jika dengan mengubah sikap kita boleh berjaya, berubahlah. Kerana manusia itu, takkan berubah kerana manusia lain. Jadi, berubahlah kerana diri anda yang nakkan perubahan bukan kerana makhluk.

Screenshot dari IG @ruidigital


Kata orang, pengalaman mematangkan seseorang. Betul. Walau setiap pengalaman bukan berupa madu dan gula-gula, ianya menjadikan siapa diri kita hari ini. Kita yang semalam, tidak lagi seperti kita hari ini. Kerana hari ini, kita individu yang matang, lepas bangkit dari kesakitan semalam.
Screenshot dari IG @millionairemasterclub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.