Rabu, 17 April 2019

Resepi TAUHU BERGEDIL Paling Senang, Sedap, Confirm repeat!

Hi semua!
Hari ni aku nak share resepi lagi. Resepi viral jugak la bagi aku. Aku bukanlah jenis yang mengejar viral tu sebenarnya, tapi aku suka mencuba. Biasanya orang makan tauhu sumbat (baca: kalau korang tak tahu tauhu tu dia sumbat dengan sayur2 togeh, carrot and macam2 lagi ikut selera masing2) cicah dengan kuah kacang. Ataupun Begedil ni salah satu lauk sampingan dalam soto makanan orang Indonesia. 

Tauhu bergedil ni gabungan kedua-duanya tau. Mula2 aku macam... alah boleh agak dah rasa dia, then aku try la buat resepi begedil aku sendiri sebab tengok resepi orang lain beza2 la ikut selera diorang. Ada yang letak cendawan la, guna carrot la dalam bergedil. Aku tak letak sebab aku nak simple dan cepat.

Sedap wey!
Ok ni resepi dia

RESEPI TAUHU BERGEDIL

Bahan-bahan:
3 biji           Kentang (besar penumbuk- banyak pun tak pe)
3-4 ketul     Isi ayam
1 labu          Bawang holland
1 labu          Bawang merah
4 ulas          Bawang Putih
1 kiub         Pati ayam Knorr
1 sdt            Lada hitam
2 sdt            Gula pasir
2 sdt            Garam

1 paket        Tauhu Goreng
1 biji            Telur
5 sdb            Tepung jagung
1/2 cawan    Air 

Sedikit bawang goreng dan sedikit daun bawang.

Cara-cara:
  1. Kentang tu basuh dan rebus sampai lembut, lepas tu kasi lenyek.
  2. Semua bahan lain (ayam, membawang bebawang, pati ayam, lada hitam, gula dan garam) kasi rebus semua sekali sampai ayam empuk dan air rebusan kering.
  3. Dah rebus ayam, kisar sampai lumat semua bahan-bahan rebusan tu dalam blender.
  4. Campur bahan kisar tadi dengan kentang lenyek, gaul sebati.
  5. Dah siap bergedil. Korang boleh bulat-bulatkan celup telur goreng, jadi lah bergedil untuk soto tu. Tapi ni tauhu bergedil. Next step...
  6. Tauhu goreng (satu plastik tu ada 20+ pcs) gunting bucu, keluarkan isi tauhu dalam tu masukkan dalam adunan bergedil tadi.
  7. Lepas tu sumbat sumbat sumbat je.
  8. Nak goreng, buat air tepung untuk gorengan. Campur air, tepung jagung dan telur.
  9. Panaskan minyak, celup tauhu dalam larutan tepung dan telur.
  10. Goreng sampai kuning keemasan, sampai garing.
  11. Siap.
  12. Hidang dengan daun bawang, bawang goreng (tak de pun tak apa), dan cili padi.
Boleh pegi beli di aeon atau tesco, dalam RM5-6 je.
 Untuk sos kicap pedas pulak:
Ni style jawa punya kicap.
5 ulas bawang putih, 3-4 butir cili padi, gula secukup rasa, garam secukup rasa, kicap manis pekat (aku suka kicap Mudim, atau pun ABC memang favourite). Blend je semua. Kuantiti aku tak sukat, ikut secukup yang korang nak makan jelah. Tapi kalau banyak boleh simpan, kicap ni tahan lama.
Susun lelawo, simpan dalam freezer. Tahan lama.
Selamat mencuba korang!
Dah try tu tag la #tangangebu di FB atau IG aku pegi tengok nanti.

Till then

Adios amigos!


1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,salam perkenalan,new follower here..#18 saya takpernah buat lagi tauhu bergedil tapi banyak kali makan sedap jugak rupanya.

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.