Selasa, 21 Julai 2020

Cara daftar Seller di Shopee dan Mula menjual!

Dalam post kali ini aku akan kongsi cara paling mudah daftar sebagai seller di Shopee dengan menggunakan phone sahaja. Rasanya ramai antara korang memang dah sedia ada akaun di Shopee tapi tak reti nak daftar sebagai Seller. Senang sangat-sangat nak buat listing di Shopee. Kalau korang dah sedia ada produk di tangan lagi mudah nak listing. Nak daftar tak perlu komputer pun, cukup guna handphone je. Nak menjual di Shopee juga tak perlukan verifikasi kena upload salinan IC la, gambar passport la dengan segala macam mak nenek yang merumitkan lagi proses.

Sebelum nak daftar shopee, ambil gambar produk siap-siap. Guna phone je, letak tempat yang cerah paling senang ambil gambar waktu siang bawak keluar meja kopi kat laman rumah, letak produk kat situ dan snap snap snap. Biar jelas dan mudah customer nak faham korang jual apa. Bawah ni aku bagi step by step macam mana nak daftar Shopee dan terus menjual.

  1. Mula-mula download Shopee App dan buka aplikasi. Click "Me" dan akan keluar macam gambar di bawah.
  2. Lepas tu, klik Sign Up kalau belum ada akaun. Kalau dah ada just Log in. Nanti akan keluar macam gambar di bawah. Masukkan je detail korang. Boleh guna nombor phone, email atau facebook.
  3. Lepas dah sign up, korang akan dapat email dari shopee untuk Verification. Click je pada link verification untuk sahkan pendaftaran korang. Ok. Sekarang dah boleh mula. Klik pada "Start Selling"
  4. Akan keluar macam kat bawah ni, klik untuk tambah produk.
  5. Lepas tu, korang isi je semua detail produk. Awal-awal tadi dah ambil gambar produk betul tak? Upload je di sini. Isi semua maklumat produk. Stok yang ada, Isi yang mana berkaitan.
  6. Contoh yang aku buat tu produk Pure Vanilla Extract yang akan release penghujung bulan Ogos 2020 ni. Untuk korang yang  home baker boleh dapatkan Vanilla Extract ni nanti. Tiber je menyelit iklan kat sini.
  7. Lepas tu klik je publish dan korang akan nampak yang produk dah berjaya masuk dalam listing. Kalau korang tak dapat nak publish product sebab sangkut di bahagian shipping, korang patah balik dan isi detail alamat di bahagian setting. Lokasi di mana korang berada untuk Shopee kira kos pos. Kalau korang di Sabah dan Sarawak, kos pos untuk penghantaran ke Semenanjung akan jadi tinggi sikit sama juga Kalau dari semenanjung ke Sabah dan Sarawak.
  8. Tada! dah berjaya Listing. Korang jangan cari lagi produk aku ni. Sebab belum release. Nanti aku war-warkan ya. Perasan pulak ada orang nak beli. Boleh tengok produk korang, kalau ada nak ubah atau salah ejaan ke, klik pada ikon 'kertas pastu ada pen atas dia' kat bahagian atas hujung kedua belah kanan.
  9. Yang bagusnya shopee ni, korang boleh boost item setiap 4 jam. Jadi, andai kata ada orang search barang guna keyword contohnya, 'Vanilla' untuk kes aku ni produk korang akan ada pada bahagian atas dalam masa 4 jam. Lepas 4 jam, korang boleh boost lagi. Tunggu dua ke tiga hari mesti ada yang masuk tanya atau terus order.
Kalau korang ada apa-apa kemusykilan, boleh tinggalkan komen di bawah. Aku akan cuba jawab semua soalan korang. Lebih baik tinggalkan komen sebab mungkin soalan korang akan sama dengan orang lain, jadi aku boleh terus balas pertanyaan korang dan orang lain pun akan dapat manfaat sama-sama.
Ok. Sekain, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.