Sumber: Photo by Ivan Samkov from Pexels |
Sumber: Newswav |
Bulan September 2021 lepas, saya didekati oleh sebuah syarikat platform media atau berita untuk menjadi penulis dengan beberapa syarat tertentu. Mula-mula agak skeptikal kerana bayaran yang agak lumayan dan kontrak selama setahun boleh menjadi pendapatan tetap. Sebelum bersetuju, saya dapatkan maklumat lebih lengkap dan buat carian di Google takut-takut scam la kan.
Dipendekkan cerita, saya bersetuju untuk menjadi penulis berbayar dengan kontrak setahun tetapi mesti menghasilkan sekurang-kurangnya empat (4) artikel sebulan dengan jumlah patah perkataan sebanyak 500 perkataan. Fokus penulisan saya semestinya tentang kesihatan, kecantikan dan makanan. Mesti korang tertanya-tanyakan berapa kadar bayaran per artikel? Syarikat media ini memberikan bayaran mengikut jumlah pembaca bagi setiap artikel (lebih kurang macam royalti) atau bayaran tetap (one-off) sebanyak RM100 setiap artikel bergantung kepada jenis kategori penulis yang anda pilih.
Saya tak pasti bagaimana cara nak menjadi penulis dengan syarikat ini kerana tiada iklan yang disebarkan. Tetapi, intipati post ini adalah untuk anda ketahui bahawa banyak platform-platform media atau berita memerlukan content creator untuk laman web mereka dalam jangka masa yang panjang. Jika anda berminat, iklan-iklan penulisan boleh dicari melalui LinkedIn atau Facebook. Jika anda bernasib baik, syarikat penerbitan sendiri akan menghubungi anda dan menawarkan peluang sebagai penulis berbayar.
Ada beberapa artikel saya yang mendapat jumlah pembaca yang ramai melebihi 5 ribu bacaan. Korang boleh baca juga di sini atau terus muat turun aplikasi ini di telefon pintar.
How Can We Dispel Vaccine Skepticism in Malaysia? : 5.1k view
Salah Faham Tentang Vaksin dalam Masyarakat Islam di Malaysia : 1k view
#TahukahAnda Buah Anggur Mengurangkan Risiko Serangan Jantung : 500+ view
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.
Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.