Khamis, 19 Januari 2023

Postgraduate Study: Perjalanan yang Panjang, Sunyi dan Melelahkan

Agaknya catatan blog saya memang tak dapat nak berdisiplin tulis sekali seminggu. Terlalu banyak yang berlaku dalam masa dua bulan yang lalu. Menjadi pelajar pascasiswazah yang meliputi 100% kerja kajian dalam makmal pastinya tak mudah. Minat yang mendalam, komitmen serta rasa ingin tahu mesti ada supaya tidak mudah berputus asa untuk apa yang dilakukan. Masing-masing punyai impian dan niat tersendiri bila sambung pelajaran hingga ke peringkat Doktor Falsafah. Ada yang kerana minat terhadap sesuatu bidang, ada juga kerana inginkan peluang kerjaya yang lebih tinggi dengan tangga gaji permulaan yang lebih baik. Tak kurang juga kerana cita-cita untuk menjadi pensyarah atau ada juga yang masih keliru adakah jalan yang dipilih ini yang terbaik untuk mereka.
Cell culture room. Tempat bergaduh dengan sel-sel peliharaan. 

Perjalanan pengajian PhD pastinya lebih panjang dan sukar berbanding ketika Master melalui pengalaman peribadi saya. Tidak seperti kajian semasa Master yang hanya melibatkan kajian lapangan iaitu epidemiologi, kajian PhD saya adalah 100% labwork. Kalau seorang extrovert pasti tak mudah menghadapi kerja makmal yang dilakukan seorang diri, tanpa teman berbual. Mujurlah saya seorang yang introvert (INFJ) tidak kisah kalau tak berjumpa dengan orang. 
Hujung minggu pun masuk makmal. Eksperimen tak menjadi? Apedehal, repeat je semula.

Pentingnya menjaga kesihatan mental dan fizikal sebagai seorang pelajar. Kadang-kadang bila dah terbiasa dengan tekanan dan bebanan, terbiasa pening kepala, terbiasa tak cukup tidur, kita lebih ambil mudah kerana fikir sakit biasa-biasa hingga tak sedar kita sebenarnya dalam stress dan terganggu kesihatan mental. Kalau sakit luaran mudah sangat nak kenal pasti, tapi kesihatan mental selalunya diabaikan tanpa sedar.


Terlalu banyak senarai yang saya harap saya tahu sebelum sambung pengajian PhD dan harap ada orang beritahu pada saya. 
  1. Impostor syndrome is real
  2. Nobody will motivate you except yourself. PhD means to be difficult.
  3. Unless you're already working, you're not really young anymore but still broke
  4. Don't compare youself with others (expecially your peers), they have their own life trek and you have your own
  5. Allow yourself to make mistakes (and many more MISTAKES), and its absolutely fine
  6. Keep calm and be patient and preserverance. Remember, 'It always seems impossible until it's done'.
  7. Its a lonely journey, that's why it is important to be connected.
  8. Be focus on what actually you want to do.
Jumpa lagi di catatan blog akan datang!

13 ulasan:

  1. hebat memang org2 yg suka belajar ni. salute.

    BalasPadam
    Balasan
    1. makin belajar rasa makin tak tahu apa2. takut pun ada. tapi inshaAllah, will enjoy the journey along the way.

      Padam
  2. salam kenal di sini.. wah..what a journey..moga terus success key!! caiyok caiyok!

    BalasPadam
  3. orang yang hebat je mampu lalui ni...goodluck MA take care juga tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mummy Pia! Seronok blog walking baca pengalaman hidup blogger2

      Padam
  4. hanya yg betul2 berjiwa besar boleh hadap phd ni...sy buat MA je rs dah mcm nak mati hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak sabar. Walaupun ada rasa nak give up beberapa kali. Selalu ingatkan diri why I choose and start this journey.

      Padam
  5. Tahniah dapat sambung belajar... orang yang betul2 kental fizikal mental je mampu sambung lagi pengajian ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Maria. Semoga saya berjaya tamatkan pengajian. Mohon doanya dari jauh.

      Padam
  6. Wah, hebat! Kalau science stream ni memang kena continuous. So good luck dan semoga cepat dapat title doktor!

    BalasPadam
  7. Caiyok! Hanya insan2 terpilih je dapat sambung PhD ni ;) Saya ada gak terfikir nak sambung PhD sejak resign tahun lepas cuma bila mengenangkan perjalanan Masters saya yang begitu lelah dan panjang, saya fikir tangguh je la dulu sampai anak2 dah masuk uni (Insya Allah!) , lepas tu boleh sama2 sambung belajar dan dieorang pun ada role figure (vice versa) kelak!

    p/s: when the going got tough, saya pause sekejap dan bayangkan saat saya menyarung jubah konvo dan naik ke pentas. This is called mind sculpting. Kalau ada masa terluang boleh cari buku tentang kaizen - one small step can change your life by robert maurer :)

    BalasPadam
  8. Sekarang ni blog dah kurang sangat orang baca.. Saya sendiri pun Kadang2 ja update.. 🙂

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.