Jumaat, 27 Januari 2023

REVIEW Innisfree Tone Up No Sebum Suncreen EX SPF 50+ PA++++

Kalau anda pernah baca catatan blog saya sebelum ini tentang REVIEW Innisfree Bija Trouble Care Solution Series mesti perasan saya suka betul dengan produk Innisfree. Suka sebab sesuai dengan kulit saya. Sebelum ni (dalam 6-8 tahun yang lalu masa umur awal 20 an) pernah cuba produk lain seperti The Face Shop dan Etude House, tapi tak sesuai dengan kulit. Setakat ni, produk Innisfree yang saya cuba semuanya bagus dan serasi dengan kulit jenis berjerawat dan kombinasi macam saya.


Post kali ini adalah berkenaan Sunblock, suncreen, atau pelindung matahari yang saya guna dari packaging lama hingga packaging baru. Hampir lima botol dah saya guna. Cuaca panas dan lembap di Malaysia ni memang buatkan kebanyakan kita lebih suka tatarias atau produk yang tak menampakkan kulit berminyak. Kalau kulit terlalu berminyak bukan hanya menyebabkan jerawat, tapi juga buatkan make up kita bercapuk.

P/s: Ini review seikhlas hati. Bukan review berbayar.

Kalau yang jenis malas dan tak suka make up macam saya, pakai Innisfree Tone Up No Sebun Sunscreen EX SPF50+ ini dah cukup tanpa perlukan apa-apa foundation tambahan. Sesetengah orang bagi feedback mengatakan Sunscreen ini tinggalkan white cast tapi tidak pada saya. Cara saya adalah dengan memastikan apa saja skincare yang dioles kering atau diserap sepenuhnya dahulu sebelum pakai sunblock. Bila dah pakai agak lama (lepas 2 jam) sunscreen ini akan kelihatan lebih 'set' atau sebati dengan warna kulit. 

Boleh nampak sunblock ni cover sikit parut-parut dan jerawat, nampak natural tapi kulit lebih cerah.

Bagi individu yang kulit kombinasi memang sesuai dengan Innisfree Tone Up No Sebum Suncree sebab ianya memberikan matte finish. Sebenarnya pada saya packaging lama lebih memberikan kesan matte finish berbanding packaging baru. Walaupun Innisfree claim packaging baru adalah ramuan yang sama, ada sedikit perubahan dari segi aroma dan ada berikan sedikit shiny effect berbanding packaging lama. Walaupun produk ini jenis Tone Up, dia tak berikan coverage sepenuhnya pada parut, jerawat dan pori-pori. Cuma kulit akan nampak lebih cerah apabila digunakan.


Disebabkan belum jumpa mana-mana pelindung sinaran matahari yang sesuai walaupun dah pernah cuba pelbagai jenama, Innisfree Tone Up No Sebum Suncreen EX SPF 50+ PA++++ satu-satunya sunblock yang akan dipakai. Apa pula jenama sunblock yang korang guna? Kalau ada sunblock yang bagus dan best boleh cadangkan pada saya? 

Ciri-ciri penting yang saya cari adalah matte finish, mencerahkan kulit, waterproof, memudarkan penampakan pori-pori, non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori) dan lebih baik ada 'Dermatologically Tested'.

5 ulasan:

  1. Saya guna sunplay aqua yang pink dan hansagee aloe vera. So far both ok dan takde white cast

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hansagee penah baca orang review, bagus katanya. boleh cuba nanti next time.

      Padam
  2. ada sunscreen yang jenis terasa berlendir muka bila pakai

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.