Isnin, 7 Jun 2021

E-book Rahsia Bisnes Home Baker

Bagaimana cara memulakan bisnes bakeri dari rumah?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama pada Mac tahun 2020, ramai rakyat yang kehilangan kerja kerana banyak syarikat produksi yang mengecilkan skala syarikat. Kadar pengangguran di Malaysia telah meningkat iaitu seramai 516,600 orang yang sebahagian besarnya merupakan lulusan ijazah dan diploma! Lebih membimbangkan lagi pelajar harapan keluarga yang berasal dari keluarga B40 (berpendapatan RM4,850 ke bawah sebulan) dan keluarga miskin yang telah berjaya mendapat kelulusan ijazah inilah paling ramai menganggur. 

Situasi terkini di Malaysia seperti yang kita semua tahu iaitu masalah Covid-19 yang bukan hanya menyebabkan kehilangan banyak nyawa tetapi juga pekerjaan. Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) meramalkan seramai 100,000 rakyat bakal kehilangan pekerjaan sehingga hujung tahun 2020 kesan daripada virus ini yang menyebabkan kegawatan ekonomi. Banyak sektor industri yang terkesan daripada sekecil-kecil perniagaan hingga syarikat gergasi akan dan sedang mengalami kejatuhan serta kerugian mendadak. Bagaimana pula mereka yang sudah sedia menganggur atau yang baru sahaja menghabis pengajian mereka di peringkat universiti? Adakah lagi peluang pekerjaan buat mereka sedang rakyat yang bekerja dibuang kerja begitu sahaja? Walaupun kita semua berharap kegawatan ekonomi ini pulih, ia tetap memakan masa yang agak panjang untuk kembali membaik. Banyak pihak berpesan supaya menyimpan wang dalam tempoh krisis kegawatan ini selagi mampu kerana satu dunia mengalaminya bukan hanya di Malaysia, bukan hanya di Asia Tenggara malah seluruh dunia. 


Jawapan untuk keadaan getir ini pada pandangan peribadi penulis adalah dengan membina kerjaya sendiri bermula dari rumah walaupun pada skala yang kecil. Sebagai rakyat marhaen mampukah anda memaksa peluang pekerjaan dibuka lebih banyak ataupun meminta majikan menaikkan gaji yang pada asalnya sudah sangat rendah tidak menepati kelayakan yang ada? Adakah anda hanya perlu menunggu dan terus berharap sedang anda masih ada tanggungjawab untuk menyara keluarga? Berapa lama lagikah anda mesti mencari kerja yang setimpal dengan gaji? Walaupun mustahil untuk anda mengubah seluruh Malaysia, tapi anda berkuasa mengubah nasib diri anda! 

Jadi untuk anda yang masih tercari-cari cara bagaimana nak mulakan bisnes bakeri ni dari rumah, boleh hubungi saya di tangangebu27@gmail.com untuk dapatkan. Di bawah ni saya kongsikan senarai isi Kandungan untuk anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.