Isnin, 24 Mei 2021

Resepi Basque Burnt Cheesecake. Simple tapi rasanya seperti di Cafe Hotel 5 Bintang!

Hai Assalamualaikum.

          Kali ini saya bermurah hati nak kongsi resepi Burnt Cheesecake yang senang sangat-sangat. Tapi a bit tricky sebab nak pastikan cheesecake gooey masa panas-panas (tak rasa macam cheesecake telur) dan rasa cheese yang smooth, creamy, milky dan satisfying masa sejuk. Saya pernah makan Burnt Cheesecake di sebuah Cafe di Kota Bharu. Bila order saya sampai terkejut bila diorang panaskan Burnt Cheesecake. Rasanya yang agak hanyir dengan telur, bila panaskan balik dari peti sejuk, cheesecake tu jadi macam puding buih dan berair malah berketul-ketul. Bau telur lebih kuat dari cheese. Mungkin kek tu asalnya dah sedap tapi bila dipanaskan Telur jadi berketul dan terpisah dengan cream cheese. Rasanya memang tak berbaloi dengan sepotong kek yang berharga RM15. Walaupun saya homebaker, saya suka merasa jenis-jenis kek yang dijual di pasaran terutamanya di cafe-cafe. Sebab kebanyakan supplier cake ke cafe ni adalah homebaker juga tau.

Potong kek mesti lepas dah sejukkan dalam peti ais dalam 2-4jam bergantung pada saiz kek

Resepi ni memang resepi rahsia yang saya dah adjust ikut kesedapan yang saya nak. Kek ni juga adalah salah satu menu dalam senarai kek yang saya jual sebagai homebaker tau. Jom tengok resepi mudah di sini;

RESEPI BURNT CHEESECAKE

Masa: 40 minit

Hidangan: 5-6 orang

Tahap: Senang/Mudah

Bahan-bahan

  • 300 g cream cheese (jenama paling best Philadelphia)
  • 90 g gula castor
  • 2 biji telur gred A
  • 200 g dairy whipping cream (pilih cream yang 30% ke atas fat content dia)
  • 6 g tepung gandum
  • 1 sdt Vanilla extract

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 200°C (api atas), 180°C (api bawah)
  2. Pastikan semua bahan pada suhu bilik, senang nak adun sebab cream cheese ni berketul. Tak semestinya guna jenama philadelphia tau. Saya suka guna jenama ni sebab texture dia lebih smooth dan tak berketul berbanding cream cheese yang lain. Jenama lain yang bagus adalah Royal Victoria cream cheese atau Anchor cream cheese
  3. Mula-mula sekali mesti pukul cream cheese sampai gebu dan tak berketul. Boleh tengok texture masa pukul tu. Guna Kitchen Mixer tu senang, lagi cepat.
  4. Masukkan vanilla. Adun lagi sampai sebati.
  5. Tambah gula, pukul lagi sampai fluffy. Pukul lama-lama pun tak pe.
  6. Tambah telur dan pada masa yang sama tambah tepung.
  7. Pukul sampai adunan sebati. Tak de masalah pun kalau adun lama-lama. Kek ni senang tak macam kek lain kalau underbeat tak kembang, kalau over beat jadi bantat la apa la kan
  8. Dah siap tu, masukkan dalam loyang yang dah diletakkan baking paper.
  9. Cara nak bagi kedut-kedut tepi kek adalah dengan kerenyuk-kerenyukkan kertas baking paper tu. Gumpal-gumpal kertas macam lepas korang dapat surat cinta dari orang yang anda tak cinta. Lepas tu, buka balik kertas tu dan lapik dalam loyang.
  10. Bakar dalam oven selama 28 hingga 30 minit. Bergantung pada oven anda. Kalau tak pasti oven anda macam mana, set pada 20 minit. Lepas tu tengok kalau bahagian atas belum hitam molek, tambah lagi 5 minit. 
  11. Adunan ni akan bergerak-gerak macam agar-agar masa dia panas tau. Bila dah sejuk dia akan stiff. Ala-ala new york cheesecake. Satu lagi, bila dia keluar dari oven memang kek akan kembang macam nak melimpah keluar dari loyang, tapi jangan risau bila dah sejuk dia akan tenggelam bahagian tengahnya.
Sudi-sudilah tengok gambar-gambar customer saya order dulu. Memang diorang suka sangat. Nak repeat lagi kalau sekali beli. Satu resepi saya jual harga RM35 tak masuk penghantaran. Sebab cream cheese dah guna philadelphia kot. Confirm la setanding harganya. 
Ini customer order untuk birthday bestfriend dia. Saya hias sikit dengan buah mangga. Masam manis mangga campur lemak-lemak creamy cheesecak. Lazatnya tak terkata!



Yang bestnya, cheesecake ni memang guna gula sikiiit je. Jadi boleh hias dengan pelbagai chocolate atau buah-buahan.



Bukti salah seorang pelanggan yang beli kek saya.

4 ulasan:

  1. pergh mantap burnt cheesecake ni. boleh cuba resepi ni. thanks for sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba buat. Memang puas hati buat sendiri.

      Padam
  2. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. First of all, thank you for your visit to my blog. Secondly, of course. I'll follow you back.

      Padam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.