Rasa semangat dan motivasi kita ni memang akan ada naik turunnya. Sebenarnya kita boleh belajar cara-cara untuk self-motivate diri kita bila rasa kurang semangat. Bila tak semangat, semua jadi lambat. Lagi-lagi bila emosi kita penat bercampur dengan masalah keluarga mahupun kerja.
Nak berubah tak mudah, tapi tak mustahil. Nak jadi orang berjaya pun bukan senang, tapi selagi tiada tindakan dan usaha, selagi itulah kita tetap ditakuk lama.
Kata orang, kegagalan pun boleh menjadi motivasi untuk bangkit. Tapi hanya selepas kita menerima kegagalan dan ambil pelajaran darinya.






















